Saturday, May 26, 2012

Tesis, Kerepek Ubi dan khayalan.

Hari ini, sudah minggu ke berapa aku tidak tahu mana siang, bila malam.
Itu padah semua benda berlonggok setempat. Maknanya semua benda nak settle ini jam.
Nah, badan ini telah diseksa. Otak juga pedih diperah. Mata perit merah. Hendak salahkan siapa?
Entah.

Menulis tesis ini menyebabkan aku sering kali memikirkan, mengapa ini keadaan Malaysia?
Mengapa? Ke mana hala tuju Malaysia? Sambil makan kerepek ubi, aku menaip dan berfikir.
Sesekali aku buka profile buah hati peneman jiwa bakal suami hendaknya... rakan-rakan muka bukunya cukup kuat mempertahankan Umno. Aku mampu tersenyum. Berjayalah mereka menerima rasionalisasi BN tanpa mencari apa yang sebenarnya.  Tatkala kita bercerita soal Bersih, soal jalan jam dan menyusahkan orang yang dibangkitkan menjadi hujah dari komen pertama sehingga ke tiga puluh lima. Aku malas hendak menjadi 'panglima papankekunci".  Aku biarkan sahaja mereka menanggung rasa benci kepada Bersih.  Sudah ada pun pihak menceritakan apa itu Bersih. Jadi, tidak perlu aku ulang-ulang. Aku hormat pandangan mereka. Mungkin Bersih juga ada silap dalam mengurus peserta, tapi lagi silap pihak berkuasa tidak memberi kerjasama!

Tahu mana aku dapat kerepek ubi tu? Dari makcik yang datang jual ke bilik aku di tingkat 5.  Aku sedih dan kesian, wajahnya yang sudah tua, kudrat yang tinggal sisa tidak larat, peluh membasahi dahi. Dari aku beli potato chip kat kedai tu, baik aku beli dari makcik ni ha. Dapat gak makcik ni duit dari aku tolong kayakan orang sudah kaya? Kan?

Ah, tesis aku belum siap. nanti-nanti sudah siap aku khabar pada kamu ya?

Sunday, May 13, 2012

Maaf

Oh rindunya~~~~
Pada kucing-kucing semua..
Ada 10 ekor! Tapi 5 ekor yang baru lahir tu belum lagi sempat nak tengok. Hujung bulan nanti kot baru dapat balik.  Memang sayang kucing. Gila kucing. Hahhaha

Sebenarnya, sebelum ni tak pernah sayang melampau. sayang-sayang macam tu je. Ada ke tak, tak kesah. Bukan jenis yang benci.  ada sebab jadi sayang sangat kat kucing. Sebab penyesalan membawa kepada rasa kasih sayang. hahhaha

Dulu ada bela kucing, nama dia Jubli. Kucing Parsi, ekor kembang hidung kemek. hihihi muka garang, tapi suara takde. Alahai, nak dengar dia mengeow pun susah. Kalau dia lapar, dan ye, terlupa bagi makan, dia akan datang dekat dan mengeow. Kalau da tak keluar suara tu kan aku tak dengar. Kalau lama sangat aku tak perasan, dia akan panjat kaki aku. Hahaha. comel dia ni. walau bulu dia semua hitam.
Lama-kelamaan, dia sakit. sakit tua aku syak. Bulu dia lama-lama gugur. dah tak macam kucing parsi aku tengok. lawak pun ada. Kadang-kadang terketawakan pun ada.  Kesian Jub.
Masa bulan puasa ni, makin tak sihat si Jub. Bau dia busuk. Dah mandikan pun ada lagi bau tu. Mungkin dia sendiri dah tak reti bersihkan bulu dia.  Pada satu hari ni, bulan puasa. Aku nak pergi beli barang raya, siap-siap then masuk kereta.  Sebelum tutup pintu, Jub masuk kat seat aku, dan panjat badan aku. Ok, ni aku kejam. Aku turunkan dia, aku cakap,'janganlah Jub, bau Jub melekat lah. Orang nak pergi shopping ni. Jub duduk rumah tak boleh ikut", Dia tengok muka aku dengan penuh kesedihan. Dia panjat lagi sampai ke dada. Aku turunkan lagi. Letak kat luar kereta, tutup pintu cepat-cepat. Aku pergi dengan selamba. Aku nampak Jub duk tengokkan aku dari luar.

Rupanya, itu kali terakhir Jub panjat badan aku untuk bermanja. Pagi esok, subuhnya, Jub dah mati. Dia mati bawak kerusi dekat luar rumah. Oh... tak dapat peluk lagi Jub. Dia nak bagitahu aku sebenarnya yang dia nak pergi, tapi sebab aku sibuk nak pergi shopping, aku tak layan, marah ada lah. Maaf Jub...



masa ni dah sakit dah. bulu dia pun da malas nak jaga. tu style dia tidur. haha

Wednesday, May 9, 2012

LAME

Bulan 5. Ya. Bulan Semua Benda Kena Siap!  Ah! Kau bentak sekuat mana, ini yang wajib dihadap. Sedarlah diri sudah besar. Matangkan lah diri dan akal.

Tiada apa yang terlintas, hanya rasa bilakah semua ini akan selesai.
Perjalanan yang jauh itu sebenarnya manis walau sakit dan pahit.
Tarik nafas, pejamkan mata, bayangkanlah apa cita-citamu!

Friday, April 27, 2012

Not the best.

Sudah tiga hari tidur saya tidak menentu. Hari Rabu saya tidak tidur hingga ke pagi. 24 jam berjaga. Siangnya saya menyediakan nota pembentangan tutorial. Sebenarnya sudah siap, hanya perlu membaca huraian fakta yang nak diterangkan nanti. Hendak dijadikan cerita, 10 minit sebelum giliran saya bentang, sakit perut datang. Oh mak aihh. memang hilang mood terus. Masih bersifat profesional dengan tak membuat muka tahan sakit kat depan kelas. Hanya suara menjadi perlahan dan banyak huraian yang saya ringkaskan. Sangat banyak yang saya skip. Kemudian, dalam sesi soal jawab, daripada 7 soalan daripada audience, 6 ditujukan kat aku. Hhahaha. Mati keras kau kat depan. Soalan budak ni bukan dalam skop perbincangan aku. Aku bentang Thailand dan Filipina, yang ditanya Indonesia. Oh alah hai. Bila sakit perut, otak memang tak dapat jawab dengan baik. Ermmm... nota pembentangan saya memang tak ayat berjela-jela kerana  Power Point is all about points. not an essay in it. Tapi, apakan daya, pembentangan itu tidak bagus mana. Yang duk tulis panjang-panjang adalah yang baik. wuwuwuwu. saya sedih mengenangkan pembentangan saya yang macam sampah tu. Fuhh.. mental distrubtion terus aku sampai ke petang. Matilah...habislah markah aku...oh sedihnya hidup macam ni..kenapalah aku tak tulis je esei dalam slide pembentangan tu. Biar budak ni rabun tulisan kena baca tulisan kecik-kecik semua....wuwuwu.

Tapi, bukanlah aku balik bilik terus tutup muka dengan bantal dan menangis. Langsung TAK COOL. Duduk sebentar di waktu petang, sambil ber'sms' dengan insan jauh di mata dekat di hati. Dengan azam yang kuat dan ingin tebus kebangangan aku masa present tadi, aku terus menulis esei. Alhamdulillah, ada hikmah disebaliknya. Kalau tidak, tak buatnya. Excited menulis, sampai ke pagi aku dok depan laptop. ehehehe.

Thesis juga sedang bermasalah sekarang ni. Bab II sudah terlalu detail. Penyelia kata ini bab 3. bukan Bab 2. aiyaaarkkk! Dalam menulis jangan over yer. Jadi macam tu lah. hmmm...lemme finish up Dato's assignment first, then i'll re-construct my thesis. wuwuwuwu lagi.
Dont have too much time for updating this blog. Just to remind, tomorrow will be held BERSIH 3.0. Let's see what happen tomorrow.

Hari esok ada Seminar Undang-Undang anjuran FUU.

Saturday, April 21, 2012

Pergi jua

Hari minggu, hari beristirehat. Maknanya, bagi isteri rehat. Hahaha.  1 minggu selepas naik cuti pertengahan semester memberi banyak pengalaman.
Khamis dari pagi sampai ke petang ada program. Jadinya, aku prepare semua-semua tu dari isnin. I'm not multitasking person who can do few jobs in a time. Tertangguhlah kerja-kerja aku selagi program ni tak berlangsung. Dari penerangan tugas ajk kepada penerangan kepada peserta aku kena handle. Serabut la jugak kepala ni. Tapi pengalaman tolong urus program-program Santun banyak membantu. Lega. Ada masalah teknikal diperingkat awal. yang ni aku dah tak tentu arah sangat. sampai pagi tu tak breakfast langsung yer. Tak lalu aku nak makan. Setiap kali program yang aku kena handle aku memang tak lalu makan. Entah kenapa. Mungkin setiap kali nak makan, ada aje yang panggil. Tak khusyuk aku makan.
Kemudian, setelah siap slot pagi yang aku uruskan, aku dah boleh makan dengan ok. Tapi tetap tak selera sangat mungkin sebab aku penat. Banyak betul mungkin. Mungkin sebab kurang pasti punca tak nak makan tu. Mungkin lagi. =.="
Sebelah petang tolong-tolong sikit ajk slot petang. Memang penat yer. Aku rasa budak-budak ni memang lepak. 8 pagi-7 petang program baru habis. Antara salah satu bukti yang menunjukkan budak-budak ni penat, mereka tak online fb mahupun twitter. Ada yang cakap kat aku petang tu, "ni la kelas paling lama aku kena datang' haha . Ada pula yang cakap ' pergh, dugaan betul pagi tadi, dah la hujan, tak pernah hujan yang begitu mengasyikkan untuk tidur'. hahaha. Ada juga yang cakap ' aku rasa macam pelik aku mandi pagi-pagi tadi' nampak sangat kalau tak ada kelas pagi memang tak mandi pagi la budak-budak ni. hahaha
Aku rancang mahu tidur jam 10. Penat. Tapi ada sesuatu yang berlaku.

Mendapat khabar mama kepada adik Santun sedang nazak di HKL. Antara ayat mesej beliau yang membuat penat aku totally hilang..."Please let everyone know tht, mama sangat2 nazak. Doctor benarkan datang ICU
sekarang ramai2. Mama mungkin bole meninggal malam ni/esok." Saat aku baca mesej tu, aku rasa...tak tahu nak cakap. Dengan perhubungan pantas antara aku, syahir, ain dan eja.. aku berjaya pinjam kereta Hanis, nasib dia ada kat ukm. Bergegas pergi ambil Ain kat Putrajaya kemudiannya ke HKL. Nak masuk ICU tu je kena semak nama kat dua pitstop polis bantuan. First time yer masuk icu. 


Tak lama selepas aku sampai, dalam 1.30pagi  mama adik ni pergi. Berpisah jasad dan roh di depan mata. Aku tak tahu nak reaksi macam mana. Aku langsung jadi terdiam dan terkaku. Pada mulanya aku keliru, Pak cik kat sebelah aku cakap dah takde, tapi aku tengok masih ada yang berbunyi-bunyi kat mesin sebelah arwah tu. Banyak sangat nombor. Tanya budak-budak ni semua tak tahu. Yerla budak ni bukan nya ambil perubatan.  Sampailah aku tengok doktor datang check arwah, then bagitahu kat waris yang sememangnya sudah tiada. Selalu aku tengok dalam cerita-cerita tv je. Sekali lagi aku kaku tak tahu nak reaksi macam mana.  


Adik tu sangat lemah, mungkin terlalu penat. Aku tahu dia kuat. Menunggu seketika sebelum pulang meninggalkan HKL. Adik hanya dua beradik dan sudah tiada ayah. Aku lagi menjadi diam memikirkan bagaimana mereka hendak survive tanpa orang tua di sisi. Ermm..tapi pabila melihat ramai sanak saudaranya yang berada di HKL, aku rasa adik tidak akan mengalami kesulitan yang sukar. Insyaallah ada yang membantu adik dan abangnya. 


Apa yang membuat air mata aku berderai ialah saat si abang memeluk adiknya dan mengatakan, "abang jangan tinggalkan adik,." oh tuhan, berat ujian kepada dua beradik ni. Moga mereka tabah dan kuat hadapinya. Insyaallah.

Setibanya aku di HKL, mendapat mesej daripada Azrai menyatakan bahawa ayah kepada Nazif, ahli Santun juga telah meninggal. Allah...

Innalillahi wainna ilahi raji'un. Takziah adik, takziah Nazif. Pergi bonda dan ayahanda kalian di pagi jumaat yang mulia. 


Peristiwa pagi jumaat itu membawa aku mengenang kembali peristiwa sebelum subuh jumaat 17hb November 2006. 


Alfatihah kepada semua yang telah kembali kepada Allah.

Sunday, April 1, 2012

Rindu telah melambai hati


Sejak kebelakangan ni..maksud aku sejak sebulan yang lepas, 
hati ni selalu terimbau keindahan Ramadhan. 
Ya, ramadhan lama lagi. Entah kenapa, rindu itu melambai hati ni.
Apa Allah cuba sampaikan kepada aku, di luar kotak akal pemikiran ni.

Rindu...
Mungkin makin jauh aku dengan amalan-amalan,
mungkin makin renggang aku dengan sujud,
mungkin makin sikit zikir aku puji Allah.
Mungkin makin alpa aku memohon taubat.

Allah datangkan rasa rindu keindahan ramadhan.
Hanya aku tertanya, apakah aku sempat bersama ramadhan kali ni?
Mungkin ramadhan aku yang lepas tidak seberapa. telah dilepaskan peluang sebegitu.
Kini aku menagih simpati tuhan untuk pertemukan aku dengan bulan penuh barakah itu.
Terngiang-ngiang suara imam mengalunkan ayat suci kalam allah ketika tarawih. Terasa ketenangan mendengar Tahrim subuh selepas sahur. Indahnya solat berjemaah isyak sebelum tarawih. Indah. Tenang. Subhanallah. Allahuakbar.

Sesungguhnya manusia itu menzalimi diri mereka sendiri. Benar, sungguh sukar berjalan hidup dalam sebenar amalan yang diterima. Dugaan dan godaan itu sungguh besar. Apatah lagi iman senipis kulit bawang, goyahnya sentiasa. Aku rindu RAMADHAN.

Saturday, March 31, 2012

bertemu kembali, berpisah lagi.

Sabtu! Hari Ketiduran!
(~.~)"
mengantuk sungguh la dari pagi tadi bawak ke petang...
Cuaca panas..kat luar la, kat dalam bilik ni ha, sejuk aje..

Dan hari ini, pertemuan kali kedua setelah 2 tahun berpisah. Haha terpisah di alam nyata, bertemu di alam maya,
itu pun jarang bertegur sapa.
Dayah Saad datang ke UKM untuk kali ke-2.  Pertama kali, semasa tahun 1 di ukm, tak ingat pulak tahunnya. 2009/2010.
Aku suka kawan dengan dia nih.. semua dia ada. lawak pun ya, kalau belajar, pandai pun ya, baik pun ya..gaya dia pun ya, dan aku suka dia bercerita. haha banyak aku belajar dari dia dulu masa time asasi.

Kali ni aku sempat nak jumpa dia bila dia dah nak balik je. huhu dah tu je masa yang ada. Nak buat lagu mana. Alhamdulillah, itu pertemuan ketentuan tuhan.  Lepas ni aku tak sure bila kemungkinan dapat jumpa, sebab aku dah nak meninggalkan dunia degree ni...
Berborak sekejap..dengar dayah bercerita, and what i feel is, oh my..how much i miss this girl. I miss asasi's time. Oh..how fast the time flies. Dan perkara di luar jangkaan, ada beberapa orang budak asasi lain, ingat muka aku. kehkehkeh.

Di saat berjumpa tu, bersalam berpeluk. Dan dayah bagi kad dia. Tu diaaa, dah jadi orang kuat dah! Aku dah tahu lama dah..sebelum dia bagi kad, just tahu post dia je.



Dan satu perkara yang membuat aku terkejut, terharu dan tak tahu nak cakap apa, dia bagi aku hadiah yang secara tiba-tiba..Dia tak tahu nak bagi apa, dia bagi aku butang tu..... on the spot dia tanggalkan dari beg dia. aku tak tahu nak cakap apa.. mungkin terharu aku terlebih sangat. Dayah, did i said thak you to you for this?
Dalam hati aku, ikhlas sungguh hati dia...ikhlas sangat. Moga Allah bagi yang lebih baik kepada kau sahabat. Lebih baik daripada yang Allah bagi kat aku. Terima kasih sahabat.

Friday, March 30, 2012

Come to mummy..

Hai!
Sehat?
Alhamdulillah..

Sebenarnya..tetiba rindu dengan...
ermmm...
sebenarnya..rindu dengan..
dengan...................
kucing-kucing kat rumah.

Tak tahulah apa kucing-kucing tu buat kat rumah.
Mesti ada je lawak bengong dan kejadian yang menyebabkan darah aku naik.
Tapi, salah mana pun kucing tu, aku tak sampai hati nak marah.
Kalau marah pun, "Haiippp! jangan!" " Kan dah cakap, jangan buat macam tu lagi!" " Eh, ni sapa ajar panjat dapur ni? cakap, sapa ajar, denda perintah berkurung nak? kalau tak nak turun!".
Macam tu je la aku marah...
Hai la..sayang beb dengan kucing..tak tahulah kenapa.
Tapi yang pasti, bila duduk dengan kucing ni, dia macam faham apa yang kau rasa, kau fikir. Aku cakap dengan kucing biasa dah... Sampai mak aku cakap, sudah, anak aku ni betul ke tak? How come mak said me like that =.=". redha.

Meh, aku tunjuk kucing kesayangan aku..

Lelo de manja.
Paling suka sekali kalau aku bentang tilam depan tb. Aku suka lepak depan tv. aku bentanglah tilam comel depan tb tu, kalau Lelo ada dekat-dekat scene tu, dia akan tinggalkan apa yang dia buat, tengah main kertas ke apa, dia akan lompat-lompat lari duduk atas tilam. seolah-olah sambil dia llompat-lompat tu dia cakap ni "yea yeay..ada tilam, boleh baring-baring, yeay!" aku tak sempat landing lagi, si Lelo dah ready kat tengah-tengah. haha Mula-mula baring jauh dari aku, agak-agak dia dah mengantuk, dia datang la kat aku, duk celah ketiak, suruh usap-usap dia. alahai..manja betul. Kadang-kadang, kalau takde tilam, dia duk kat tepi tangga, aku panggil la, "meh sini, nak tidur eh, meh duduk kat sini, come here" nanti dia datang la kat aku. Kalau malam pun tidur dengan aku...huhuhu lelo..lelo...dia fobia bunyi motor, sebab pernah eksiden dulu.


Ada banyak lagi..mak oreng, citam 1, menet, otel.
rest in peace: jubli, manis, nemo.
Hilang: keladak, putih,tom, kelabu, kenit, desa.

Tak rugi bela kucing, bela elok-elok, jangan bagi makan tulang, jangan sepak-sepak, nak marah cakap elok-elok kat kucing tu, lama-lama dia paham lah...tahu?


Tuesday, March 27, 2012

Dah bentang! Yeay..

Salam sejahtera, salam keamanan, salam selasa, salam segala macam salam. Yang wajib dijawab hanya ucapan salam Assalamualaikum!

Kabare? Ya waras...
Alhamdulillah.  Baru pulang dari tutorial. Kehadiran yang memuaskan.  Mula pun ontime.  Bagus.  Tapi kuliah pagi aku skip. Alasan: saya dah bangun, saya tidur balik, saya bangun balik, saya  tengok dah pukul 10.30. Saya cakap dalam hati, oh, i miss this class. Sambung tidur la jap. ;p

Lepas bangun, siap-siap semua...what a day hari ni pun tak tahulah...lepas mandi pergi tengok baju dah kering ke belum. Jemur semalam.  Lembab lagi. lembab betul nak hilangkan lembab tu. Haha. Muka seposen je nak masuk bilik. Tiba depan pintu, nak buka pintu tak boleh. It LOCKED! wei kunci tertinggal dalam bilik! Tetiba aku perasan, eh salah bilik, bilik aku yang sebelahnya. Hehehe sengih lepas tu masuk bilik.  Apa lagi, baju pasti digosok, tapi renyuknya susah nak hilang. Menyampah. =.="

Dah siap pakai tudung semua, tengok muka kat cermin dekat-dekat, (rabun, kabur lah kalau tengok dari jauh) (bukan aku tanya kat cermin tu, mirror on the wall, who is the most beautiful in the world?)(aku bukan gadis perasan dan terperasan sendiri). uih..awat muka aku pucat semacam. Dalam hati, mungkin kurang tidur dan lapar. Aku syak laaa.

Turun tangga aku nampak bas..waaaa tungguuuu!!!!! Aku rasa nak lompat je dari tingkat lima. Dulu lompat jauh aku tak lepas, mungkin kali ni lompat dari bangunan aku berjaya. haha Kau gila aku nak lompat. Turun tangga dengan lajunyaa...eyaaahhhh. Tiba bawah, eh bas tu belum gerak. Kat bus stop atas lagi. =.="

Tak pasal-pasal aku exercise secara tak sengaja. Bus sampai dan naiklah...apa tunggu. Kang kena tinggal menangis.  Pergi print slide pembentangan.  Jalan penuh keyakinan dan gaya. Hahaha *tu tipu.  Terserempak dengan budak-budak ni, oooo tika tak mai eh? sengih je la aku. Sampuk sorang lagi, tu dia muka baru bangun tidur. HAHAHA budak ni pakat gelakkan aku.. aku..(-,-)" haha sengih jer.

Lagi sekali aku menggelabah. Tak sangat lah..Tika kan cool, mana gelabah. Kan? Baik kau angguk.
Naik tingkat empat, bilik Hang Kasturi. Ada budak junior. Aku malas layan. Aku bukak pintu nak masuk bilik tu, aku tengok eh, kok ada budak lain nih. Adoi tutor ada ke tak nih. Aku nak present ni weiiiii. Argggghhh! How the place keep changing? Huh. Nasib aku jumpa bilik tutor baru. haha. Tiba turn aku present. Kejap je, bukan lama sangat pun. Sebab soalan tutorial terlalu umum dan dilihat tiada kepentingan dalam peperiksaan kecuali penambahan pengetahuan am. Siapa pandai, dia akan kaitkanlah dengan apa dia belajar. Simple as that. (",)v

Ni presentation last semester. Muna tengah present. aku dah siap.
Pensyarah yang sama. Dan hanya 3 orang sahaja pendengar.
 Cool budak-budak ni. HAHA

Siapa sangka, aku benci untuk bercakap di depan orang ramai sejak sekolah dulu.  Kalau ada kuiz dalam kelas, kuiz yang saja-saja, kalau dapat jawab cikgu bagi singgit, aku tak berani sebut jawapan aku. Diam membisu keras membatu. Aku dengar je budak-budak ni memberi jawapan. Sekali, bukan banyak kali, jawapan yang aku teka tu betul. Padan muka, melepas kan hadiah? Senyap lagi. senyap tak bertempat.  Sejak zaman Asasi, aku mula bercakap, berhujah. Tetapi masih lagi kurang. Banyak aku menulis daripada berkata-kata. Menulis boleh disemak semula, kata-kata in prompt to. Hanya yang ada ilmu sahaja layak begitu. Aku ilmu tak cukup, Atau kurang keyakinan. Satu cabaran =)

Bentang sudah, esei pula. Thesis? Wuaaarggghhh! Mengantuk.

Sunday, March 25, 2012

Kudus Sinarmu

Usah ditanya di hamparan mana
Tika terlena melata berkelana
Sesayup angkasa pun pergi
Selembah turuni
Di mana berdiri
Mata tutup tak berhati

Bagai bahtera kemudi diuji
Garis tertentang imbanglah haluannya
Berulang renung lapis langit
Nipisnya ragaku
Bukalah kelopak kudus sinarmu

Dia kekasih kasihnya memutih
Dia tercinta hadirnya tiap tika
Luhurnya teguh paut hati berkata
Sanubari idam pelukannya

Bagai bertemu rahsia
Penawar gelita
Hadir dalam damai titis... siramnya
Sinar kealpaan bak pelangi
Indah penuh warna
Dusta noda mata

Jika selaut cinta
Tulislah kalimatnya
Pastikan surut
Meski selaut jua

Serlah cendala jiwa
Insankan seharusnya
Jaharkan syahdu
Detik sesaat itu

Bagai satu cerita
Tafsirlah sebaliknya
Cuba mencari makna
Apakah hakikatnya


Tuhan, dosaku menggunung tinggi, kau berikan aku nikmat yang tiada ternilai. Aku yang menzalimi diri sendiri. Tuhan, aku tahu Kau Maha Esa. Aku tahu Kau Penciptaku, dan aku tahu, aku akan kembali padaMu. 



~allahuma aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat dan terjaganya dosa-dosaku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu atasku, di dunia dan akhirat. Tiada apa aku mampu lakukan tanpaMu Ya Rabbi~

Thursday, March 22, 2012

Remuk

Hari ini aku di sini.
Tak aku jangka.
Bukan aku peramal.
Kerana sangka aku 
berbeda.

Dulu,
Aku kira hidup ini mudah.
Hanya belajar sampai menara gading.
Kau sudah berjaya.

Nyata,
itu ilusi aku semata.
Menipu minda sendiri
menerima hakikat alam dunia
zaman ini.

Jauh aku renung.
Seperti..
Tiada pengakhiran kehidupan.
Kerana untuk hidup..
perlunya kekuatan infiniti.

Sesekali,
aku mengeluh.
Terduduk di ruang kesibukan.
Mecari persoalan hakiki.
Masih belum mencari jawapan.
Kerana aku masih meraba
mencari apa itu kehidupan.

Sukar.
Menerima hakikat yang sedih.
Gagal itu parah.
Perit.
Sakit.
Seksa.
Simpan di bilik hati.
Kunci.
Akhirnya,
aku sendiri bisu tanpa hati.

Percaya pada Allah!


Sunday, March 18, 2012

Mahasiswa dan idealisme.

Hidung tersumbat. Susah nak nafas. Sempit. Baru tahu nikmat kesihatan yang baik. Allahu rabbi~
Dua nikmat yang sering dilupakan adalah nikmat kesihatan dan waktu lapang.
Sesiapa yang mengaji di universiti biasanya selalu terkena penyakit lupa nikmat ni. Buat assignment last minit tatkala di awalnya berlengang-lengang. Bukankah biar kita bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian sudah diajar dari kecil?  Bukankah menangguh kerja itu menyebabkan perkara mudah menjadi susah, perkara sulit bertambah susah?! Berubahlah demi sebuah kehidupan yang lebih teratur~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kali ini saya masih menulis mengenai 'Walk for Election' anjuran GMUKM pada 15 Mac lepas.  
Mengapa saya sertai dan mengapa aktiviti ini tidak perlu dihalang?

Saya sertai program ini, pertamanya kerana ingin merasai sendiri pengalaman turun padang terlibat sama dengan rakan mahasiswa lain mengetahui apakah yang ingin dibawa oleh GM dalam W4E tersebut.  Berdasarkan pidato-pidato yang disampaikan oleh beberapa orang mahasiswa GM sepanjang perarakan tersebut,  saya mendapati mereka menginginkan sebuah suasana pilihan raya kampus yang dipenuhi dengan politik keintelektualan.  Politik matang berasaskan nilai-nilai bersesuaian dengan status 'MAHASISWA'.  Bukan politik kotor, politik 'perut' dan membelakangkan hujah benar meletakkan hujah dangkal didepan.

Ini merupakan satu perkembangan baik untuk politik tanah air masa hadapan.  Jika kita perhati, di sekolah dan di universiti sendiri, pelbagai program kepimpinan dilaksanakan.  Nah, inilah ruang dan peluang yang ada di ruang lingkup politik kampus untuk mahasiswa yang berkeyakinan dan berketrampilan ke hadapan untuk mengasah bakat kepimpinan mereka.  Kita mampu menghasilkan mahasiswa yang cemerlang dalam peperiksaan, jangan kita gagal untuk melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan hebat.  Membentuk pemimpin bukan sekadar bijak, tetapi mahir mengartikulasi idea, bergerak memobilasi pengikut untuk membentuk sebuah sistem yang elok.  Jika kita 'simpan' mahasiswa dalam dewan kuliah dan makmal-makmal semata-mata, sebenarnya kita sedang membentuk sebuah masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan tidak akan cakna isu-isu masyarakat.  Mereka yang lantang suaranya menyatakan pendirian untuk mengetengahkan politik nilai, politik matang dalam politik kampus adalah mereka yang mempunyai idealisme.  Jika diluar sudah dibawa politik baru yang mengutamakan politik berasaskan integriti, pentadbiran yang bagus, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif.  Bagaimana mahasiswa tidak mahukan perkara yang elok seperti itu? Fikirkan.

Mahasiswa di UKM terutamanya mereka yang bergiat aktif dalam politik kampus sering mengadakan forum-forum isu-isu negara yang melibatkan mahasiswa. Tetapi sedikit sedih kerana ada pihak yang tidak menunjukkan sokongan apabila tidak hadir dalam jemputan forum dan debat.  Kita mahu melihat pimpinan mahasiswa sendiri berhujah. Mahasiswa ingin melihat sendiri idea-idea pimpinan dalam isu-isu nasional yang melibatkan kebajikan mahasiswa.  Mungkin atas beberapa sebab peribadi dan keadaan, banyak forum dan debat tidak mampu berjalan dengan sebaiknya.  Tidak mengapa.  Mengharapkan perubahan di masa akan datang.

Sekiranya mahasiswa tidak sedar akan tanggungjawab untuk mengundi, adakah mereka sedar untuk mengundi di Pilihan Raya Umum nanti? Sekiranya tiada pihak yang mengambil peranan untuk menyedarkan mereka tentang peri pentingnya politik yang baik, adakah mereka mampu membezakan politik yang ada sekarang dengan apa yang sepatutnya berlaku?  Aktiviti seperti ini tidak seharusnya dihalang.  Tidak sepatutnya dikecam.  Mereka tidak berniat jahat.  Mereka berjalan sekitar kawasan universiti, sama seperti mahasiswa mereka berjalan dalam universiti.  Mereka tidak mengganggu mahasiswa lain belajar.  Mereka tidak paksa mahasiswa lain menyertainya.  Ini adalah inisiatif mereka atas kapasiti kesedaran sosial terhadap hak mereka.

Mahasiswa cemerlang, mahasiswa yang cakna dan kembali kepada masyarakat dengan ilmunya. PENCERAHAN!





Wednesday, March 14, 2012

Fahamkanlah kami!

Dangggg...
Pilihan Raya Kampus kembali.
Tapi..kejap.
Macam tak ada apa-apa pulak aku tengok kat UKM ni.  Dah dekat dah nak PRK.
Come On, guys! Mana suasana PRK?
No demo this year. Kuikuikui.
Or not yet? Let us wait and see yea.

Di UKM,  ada dua pihak; Gabungan Mahasiswa (GM) dan Aspirasi. Ungu lawan Biru.
3 tahun di UKM mencatatkan pengalaman berbeza.  Aku bukan aktivis mana-mana pihak. Tetapi aku ada pihak yang aku sokong dan lebihnya aku hanya memerhati dari jauh kedua-dua pihak ini bergerak.

2010, mencatatkan kemenangan bagi GM. Tahniah~Doa wahdah bergema disaat kemenangan diumumkan.

Kini,  hampir tamat perkhidmatan Pimpinan yang telah dipilih.  Maka,  diambang PRK.  Aku teruja.  Ingin melihat gelagat adik-adik aku di UKM ni.

Sahabat aku seorang orang kuat GM.  Seorang rakan sekuliah, wakil pimpinan Aspirasi.  Menarik bukan.  Dua pihak berlawanan dalam satu kuliah. Bisa saja aku nilai pandang dunia mereka berdua.  Penting, sebagai mahasiswa Sains Politik, kami melihat hujah berasaskan fakta. bukan isu A, kita berhujah pasal B.  Fokus ye. sila fokus isu.

Nah, bila tiba diambang PRK, aku ketemukan satu risalah. Merata diletak risalah tu. Aku pun dengan rajinnya membacanya.  Inti risalah tu:  Baik GM mahupun ASPIRASI, dua-dua sama, tidak menunaikan apa yang dijanjikan kepada mahasiswa, mereka sama saja seperti ahli politik diluar sana yang hanya pandai besarkan perut.  Peranan PMUKM itu sudah tidak ada lagi katanya...Selepas membacanya..aku tersenyum. bukan, aku sengeh. ngeh ngeh.

Mahasiswa, suatu ketika dahulu, dipandang tinggi.  Sekarang, mahasiswa dilabel sebagai anak muda yang mentah, tidak matang, nasib tak berapa baik, dilabel bodoh dan bangang. Kalau ada, sila 'pangggg!' muka yang cakap tu.  Tak baik cakap orang bodoh. Dan tak baik juga melempang orang. Haahaha

GM dilabel pihak oposisi gerakan yang suka berdemonstrasi.  Ya, aku pernah join. cool jugak demo nih. haha Hanya untuk pengalaman.  Bagi mereka yang tidak pernah ambil pusing, mereka tidak akan faham kenapa perlu sampai berdemo. Ada masa, pergi borak dengan hard core atau aktivis GM.  Tak semua isu ada demo.

Ya, dalam sebuah masyarakat, akan ada pihak yang muak dengan politik. bagi mereka, tidak ubah apa-apa.  Aku ingin mengingatkan kalian,  dalam politik kampus, adalah satu contoh terkecil untuk menggambarkan keadaan diluar.  Di kampus, perwakilan dipilih bukan untuk mengubah dasar universiti.  Di universiti, kita memilih perwakilan untuk membantu mahasiswa menyalurkan keperluan pelajar yang tercicir dipandang oleh pihak pentadbir.  Selain itu,  sebarang idea yang mengangkat mahasiswa secara intelektual adalah sangat dialukan dan perkara boleh diajukan kepada pimpinan mahasiswa dan dibincangkan kemudiaanya bersama pentadbiran.

Dan sekarang, GM mengambil langkah baik, aku mengalu-alukan tindakan tersebut. Mengadakan 'Walk for Election, 2012'.  Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai PRK yang merupakan sebahagian hak mereka.  Perlunya PRK berjalan dengan adil dan telus.  Membina politik nilai, bukannya politik sempit.  Jika mahasiswa sudah sedar diperingkat kampus, tidak sukar untuk mereka memahami politik luar.  Mahasiswa tidak boleh mengasingkan diri daripada masyarakat.  Akhirnya nanti, mahasiswa perlu bercampur dengan masyarakat.  Jika tidak ambil tahu ketika di kampus, bagaimana hendak kembali kepada masyarakat. Mahasiswa ini nanti yang akan menjadi pemimpin masyarakat kelak.  Jangan dibelenggu mereka dengan undang-undang tak mencambahkan pemikiran. Jangan jumudkan mereka. Nak bersuara takut.  Fahamkan mereka dengan asas bernegara kita.  Fahamkan mereka dengan asas hubungan antara kaum. Fahamkan mereka dengan matlamat bernegara.  Fahamkan mereka dengan realiti.  Fahamkan mereka dengan perpaduan.  Bukan takutkan mereka dengan perkauman. Bukan sempitkan otak mereka dengan kegagalan.  Bukan jumudkan mereka dengan undang-undang yang mereka tidak faham.  Terangkan, fahamkan, aku yakin mahasiswa Malaysia, sayangkan negara ini. Kami lahir di sini, ini tanah air kami. Kami tidak ada negara lain.  Jangan dihenyak kami dengan sentimen perkauman. Kami ingin melihat Malaysia yang lebih baik untuk anak-anak kami kelak.

Berbalik PRK,  kepada pihak yang merasakan pimpinan yang dipilih tidak membawa perubahan, gugurkan mereka pada prk akan datang. Gantikan dengan yang lebih elok.  Dan, anda perlu ke depan, bertemu mereka, cadangkan kepada mereka nanti yang terpilih, apa yang anda fikir mampu mengangkat keintelektualan mahasiswa UKM selain daripada membuat konsert dan forum.  Anda tak puas hati, kemukan idea, bincang, rancang, lakukan. bukan meletakkan posrter bersepah.

Sama juga seperti politik di luar.  Kita ada satu negara sahaja. Parti politik boleh berubah. bertukar ganti.  Pilih yang terbaik. Yang boleh mentadbir urus negara dengan baik. Rakyat terbela. Bukan kroni terbela, kroni kaya, rakyat di kampung rumah tiada.

Aristotle dalam buku 'Book on Politic' menyatakan negara ibarat kebun, pagarnya adalah kerajaan.  Kerajaan adalah kekuasaan yang dikawal tingkah laku sopan. Gelagat baik adalah dasar yang diatur pemimpin.  Pemimpin adalah institusi yang diperkuatkan tentera,  rakyat adalah pembantu yang diselenggara dengan wang. wang adalah kekuatan yang dikumpul oleh rakyat. rakyat hanya dilindungi keadilan.  keadilan adalah sesuatu yang akrab dan melahirkan kehidupan bernegara.

Kita mungkin tidak merasa himpitan hidup,  mari kita jenguk mereka yang tersepit di dunia ini.
Berubahlah, kita mahukan yang terbaik untuk kini dan masa akan datang~

Saturday, March 10, 2012

Sabtu yang bosan. Erk.

Baru naik taip tadi, telefon berbunyi. Mak telefon daaa..
Bagitahu anak jiran sebelah tu nikah dah, majlis kat rumah dia esok.
Ooooo...ye ke.. tu je aku jawab. hahaha Ramai sungguh la orang yang aku kenal mendirikan rumah dan tangga masing-masing. Jodoh dah sampai...Kunfayakun! Bersatulah antara adam dan hawa... maka terdirilah mahligai cinta dinamakan keluarga. Hik hik hik...cakap bab kahwin je, orang cakap aku gatal.  Tulis status fb pun nak berbunga-bunga ala-ala orang dah kena risik. hahaha that's me. like to expound some issues by my own way.  By the way,  as a girl, you have to make sure you know at least basic about life as a wife and family. it is a conspicuous situation between being a daughter or friend. hewhewhew =)
_________________________________________________________________________________


ermmm... bosan sungguh di hari sabtu yang mendung dan damai ini...padahal banyak je kan kerja atas meja ni, list in nyer menimbun-nimbun, sampai hilang buku planning aku tuh, list out nyer oooh ciput pun tarak. aiyaarkkkkkkk! manyak teruk ini budak! Macam mana mahu maju? Haa. jawab! jawab! cik tipah. Sapa tipah? Entah. Abaikan...


Oohh.. teringat si nemo a.k.a kucing ratu di rumah... dia sudah pergi... Kau pergiiii........iiii...iiii..pergi... Setelah  dilanggar lari oleh penunggang motorsikal yang tidak berhemah, ku yakin takdak lesen budak tu. Oii geram sungguh aku nih. Kalau la boleh, dapat budak tu, kasi berderai sama dia, at least lu patah la balik, cakap sorry sama akak gua tuh. Eh, ni kang makan nyer.. nampak ni apa? PENAMPOR!
*sabar sabar sabar


Pergilah kau nemo, ku relakan,,kami sekeluarga merindui mu.. sob sob sob.. nemo tiada penggantinya...


Setakat ni la...mula-mula bela Manis, manis mati termakan rumput racun,  kemudian bela Jubli, mati kerana sakit,  kemudian bela Nemo, mati dilanggar motor.. ohhh my Allah, we loved them. we like greatly toward them.. oh..its so grievous. They bring blissful to us. How cute they are. Miss them so much.  i'm a cat lover.

Tuesday, March 6, 2012

~smile~

Hari-hari kita senyum,
Kerana kita bahagia.
Hari-hari kita ketawa,
kerana kita gembira.

Tapi bila kita didesak masalah,
Kita berkerut dahi,
Bermasam muka,
Seperti tiada mudah dugaan itu.

Kita lupa saat gembira 
bila kita ada masalah,
Kita lupa indahnya bahagia
bila kita diduga...

Hidup ini penuh dugaan, pandanglah dugaan itu anugerah. Kurniaan tuhan untuk menjadikan kita manusia yang lebih sempurna sebelumnya.  


Saturday, March 3, 2012

Jujur nak tolong.

Awan yang mendung.
Mata yang kuyu,
Badan yang lesu,
Otak yang letih,
Kerja yang bertambah.
Itu normal dalam kehidupan.
hehehe.

Saat ini 'stuck' untuk menulis thesis.
Saat ini terkenang memori lepas.
Yang lepas memang dikenang,
Kalau masa depan, direnung, dirancang.
*********************************************************************************
Masa cuti sem lepas, dua tiga hari selepas balik daripada ukm, masih dalam keadaan merehatkan otak.  Lepas exam, otak seakan jadi beku, tak boleh untuk berfikir yang berat-berat. Entah kenapa. Tak tahu.  Sedang berehat, menonton berita TV3 sambil mulut aku bising melawan apa yang disampaikan,  anak saudara aku cakap, "nak buat kerja sekolah la".. sambil endah tak endah, aku jawab, "buatlah, nanti tak siap, kena marah cikgu, ibu bising nanti." Terus baring-baring merehatkan minda. Sambung anak saudara aku, "jomlah buat kerja sekolah"..aku angkat kening sambil tengok muka dia sambil aku pun buat mimik muka. "Acik mana ada kerja sekolah..." "jomlah acik..." merayu anak saudara aku. Mengalah, aku pergi ambil bahan thesis dan baca.  Excited dia. Ada orang buat sekali kerja sekolah. Dia keluarkan semua buku sekolah dia.  Tunjukkan satu persatu kat aku. tadi dia ajak aku buat kerja, la ni dia ajak aku tengok buku dia pulak.  Layan.  Dia tunjukkan mana yang cikgu puji dia. Hahaha..ada udang di sebalik sawi.  Aku pun cakap congrats and keep up your hard work. You will gonna be better than me.  Aku sambung buat thesis.  Tak lama tu, dia tengah buat latihan BI, dia tanya, acik buat kerja apa?. Apa nak cakap ni ek.."acik buat esei.." nak bagi senang faham.  Anak saudara aku sambung lagi, "kita suka buat esei. best. Acik buat kan kerja kita, kita buatkan esei acik." Aku dalam keadaan blur masa tu. Ni bukan esei upsr laaaa...ni thesis acik.  Apa pun, mak saudara ni hargai usaha budak tingkatan 1 nak buatkan thesis ni. haha semalam, dia tanya aku balik bila...aha, rindu la tu!

Wednesday, February 29, 2012

Wow! Hebatnya dia.

i'm in the house!! 
yeaahhh..
semalam ialah 29 Feb 2012
tahun lompat!
Korang ada lompat-lompat ke tidak semalam?
Tak de? tak chill langsung!
poooraaaah!
hahaha

adeh adeh..
sakit pinggang lak. jap
**************************************
dah ok pinggang tu, skru dia longgaq.
nasib pandai betulkan. haha

Sebenarnya, kan... saya tengah bersedih hati.
eh bukan, gundah gulana,
berlibang libu 
gusar 
kenapa?
memikirkan masa hadapan...
ni bab paling serabut aku dok pikir.
_________________________________________________
Tadi petang, tutor baru masuk kuliah,
untuk memperkenalkan dirinya,
(dah kenal dah)
yang terpesona dan mengagumkan ialah
awat lain sangat? ohh bahagia noo lepas kahwin,
badan naik, dari kurus jadi bola.
agagaga 
gurau jah.

Bukan itu yang aku kagumkan.

Tutor ni senior aku dulu.
Dia grad dengan 1st class degree.
Nah!
Tak cukup tu,
Dia punyalah hebat, pointer dia yang
the HIGHEST 
seluruh fakulti dalam UKM  ni.
HEBAT. HEBAT. HEBAT.

tadi rasa macam tak nak pandang muka,
segan aihh..
dia dengan aku belajar sama jurusan
pensyarah sama,
awat dia boleh KEBABOOOMM!
dapat result, aku bunyi mercun mancis pun takde.

Jika diizinkan Allah, tak lama lagi akan ke luar negara.
HEBAT.HEBAT.HEBAT
TAHNIAH!

yang pasti, dia banyak membaca. dalam 10 nama sarjana dia sebut, tak sampai 5 yang aku tahu. See??

~berusahalah wahai diri.demi masa depan sendiri~





Saturday, February 25, 2012

Toyol~

Yuhuuuu..
Dah macam gayah Si Tipah ajak Si Jah bergosip tepi pagar je..
*Tipah dan Jah dalam tulisan ini tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggalkan dunia. harap maklum.

Sepatutnya, hari ini pergi ke Mid Valley..nak mencari buku-buku. Rajin kan? Sudah pasti saya ni rajin. harharhar Tetapi disebabkan ketiadaan kawan dan semangat duit yang tak berapa nak ada, tak jadilah pergi. Tak tahulah kenapa tetiba cuak nak merayap sorang-sorang. Selalu ok jer. Mungkin teringat pesan si jantung hati yang selalu pesan tak bagi jalan sorang-sorang. Tahu tak, kawan-kawan saya semua sibuk. Saya je tak sibuk. Makan tidur, makan tidur, tidur makan.

Bab 2 Latihan Ilmiah tak siap lagi.. target minggu yang kedepan dari sekarang nak hantar kat penyelia. Saja nak bagi dia pening awal-awal sem, sebelum dia bagi aku pening bila dah dekat due date. 6 Jun 2012 tu dah kena hantar. Nampak gayanya, kena ready awal-awal, kalau tidak nanti kuliah ke mana, thesis aku ke mana, last-last aku ke laut.  Allah, allah...rabbi yasser wala tu'asser. Mohon dipermudahkan.

Kali ni nak cerita pasal Toyol.. Bukan lagu Sudirman tu. Ni kisah orang bela toyol. Mak dengan akak yang dok cerita.  Toyol dibela untuk kesenangan hidup. Sama ada toyol itu diwarisi atau baru diambil, itu diluar pengetahuan. Maka, cerita mak cik yang berniaga berhampiran dengan kawasan istana aku di kampung.. seorang hamba Allah ni akan bayar guna duit RM50 sekeping. Duit kertas lah. Mana ada RM50 duit syiling sekeping. Dia order mee goreng dan air dan makan di kedai.  Maka, makcik tu akan pulangkan kembali baki kepada manusia tersebut.  Selepas itu, manusia tu keluar kedai dan tiba di Motorsikalnya, akan patah balik masuk ke kedai semula untuk order mee goreng bungkus pulak.  Dan bayar dan pulang.  Selepas itu, mak cik taukeh kedai makan tu perasan duit RM50 tu dah tiada.  Sekali dua memang boleh dikatakan cuai, tetapi kalau dah selalu, apa nak dikata... lagi satu, kedai kat kampung, tak selalu orang bayar guna RM50. dan kedai bukan selalu penuh. Maka, tindakan diambil dengan berjumpa dengan ustaz yang bertauliah. Makcik tu pun ikutlah cara-cara yang dicadangkan oleh ustaz tersebut... setakat tu je lah cerita...

Makanya, ibrah yang boleh dicedok dan disedut, kesenangan dunia ni memang senang nak diperoleh, waima guna toyol ke apa ke. Tetapi barang harus diingat, manusia perjalanannya bukan do dunia semata, kita ada akhirat sebagai tempat kekal abadi, di dunia jaga akidah, moga kita semua sempat bertaubat sebelum nyawa sampai ke kerongkong. Sekian~

*Cuba teka toyol makan apa?? haaaa

Friday, February 24, 2012

Sekali lagi masa dibuang!

Helaian ke 24 dalam bulan kedua Masihi. 2 Rabiul Akhir 1433 Hijrah..
Hari Jumaat.. Saiyidul ayyam..dalam bahasa Melayu Penghulu segala hari.
Kan ada tujuh hari..Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad..
Jumaat ni Ketua hari segala hari dalam hari-hari yang ada tu.. Senang nak 
faham kan? Pandaiii..Say 'Alhamdulillah'..Bagus!

Minggu pertama perkuliahan sudah berlalu.
Agak lapang dari segi jadualnya, tetapi agak sempit dek kerana tugasan yang 
banyak. Itu tugas seorang pelajar. Keep learning. Tapi hari ni satu kerja ilmiah aku 
tak buat lagi. Jangan dok relaks sakan noh. 
Sebelum menimbun macam ni,..lu ingatla sendiri! =)
Tadi membaca blog kawan lama, tetiba ada entry dia sebut nama aku, fuyoo. hahaha *itu pun nak tulis. apa laa..haish.
Sekarang: semester akhir untuk ijazah. Dulu-dulu kalau ada ijazah tu dah hebakkkk sangat dah. La ni, ada ijazah macam tak ada apa-apa kesan yang begitu dahsyat. haha
dah la..apa-apa je merapu. Not good! 8-)

~hidup ni bergantung pada luck? Semua itu rezeki, nikmat daripada Allah, sebagai manusia, bersyukur, berusaha memperbaiki keadaan. Jangan salahkan takdir, itu melawan kehendak Allah~








Wednesday, January 11, 2012

Kaki sudah lemah.

Hari ini..
Ada ceritanya tersendiri..
Aku masih duduk di sini..
meneruskan pembelajaran.
Sekali sekala..kenangan lampau kembali.
Tiada kenangan yang aku ulang ingat
kecuali kenangan bersama abah.
I MISS U, ABAH.

Aku memandang sekeliling aku.
Orang-orang yang berjaya..
orang-orang yang hidupnya senang..
Aku kembali menginsafkan diri.
Mencari secebis kekuatan.
Sukar sebenarnya meyakinkan diri sendiri.
Kau boleh yakinkan orang.
Tapi diri sendiri. bolak balik hati ini.

Kadang-kadang,..
ah, kau tidak tahu sukar hidupku.
Tiada bermewah. tiada bersenang.
Melawan hasrat jiwa untuk memiliki
seperti anak-anak sebaya aku miliki.
Nah, jiwa muda aku mula berontak.
Kenapa aku tidak seperti mereka.

Sesungguhnya, kesukaran itu akan hilang.
Bersabarlah. kau sedang berusaha
Jalan usaha itu bukan seperti jalan
ke kedai Ah Boon.
Yang kau tahu selok beloknya.
yang kau tahu jaraknya.

Sedarlah, apa kau ada ini adalah
besar nikmat. ada yang tidak peluang
langsung.
Kuatkanlah jiwamu. walau kakimu sudah letih.
Kerana jasadmu perlukan jiwa yang bersemangat.
Bukan jasad bernyawa, hati sudah mati.

-Diamkan saja hinaan sedemikian. Mereka tidak tahu jalan hidup kita-

Saturday, January 7, 2012

Cerita Termenung di Tepi Tingkap

Hari ini, muka surat ke tujuh daripada 366 helaian hari yang bakal dilalui dalam buku 2012. Penulisnya ialah diri sendiri. Diedit oleh keadaan, takdir dan segala ketentuan yang telah ditetapkan.  Setiap helaian adalah rahsia.  Hanya yang sudah dilalui diketahui.  Sebarang cerita dalam muka surat seterusnya hanyalah jangkaan.  Segalanya tertakluk kepada Allah.  Penulis hanya mampu menulis kehidupannya dengan kemampuan yang diberi. Kerana Allah Maha Mengetahui segalanya.
Dalam minggu peperiksaan. Sedikit cubaan sebagai pelajar. Peperiksaan menguji sedikit ingatan pelajar.  Pemahaman pelajar.  Usaha yang sepenuhnya untuk memberi terbaik dalam peperiksaan.  Untuk merasa puas dalam belajar, bukanlah semata-mata dapat pointer yang baik, tetapi pelajar mampu menghurai dan menerangkan kepada orang lain yang tidak mengetahui mengenai ilmu yang kita belajar. Ramai yang hafal nota. Tanpa faham.  Itu sedikit menyedihkan.  Ini peringkat universiti.  Dengan ilmu itulah kita menilai segala apa yang berlaku dalam persekitaran bidang kita.  Letakkan jiwa dalam menuntut ilmu.  Roh ilmu akan hidup. Jangan matikan jiwa sebelum roh berpisah dengan jasad.
Tidak tidur malam untuk sumbat segala nota dalam otak. mahu dituang semula ketika menjawab peperiksaan. Sebenarnya, mengikut pengalaman diri, banyakkan membaca kerana membaca nota pensyarah tidak mampu memberi artikulasi jawapan yang bagus.  Pensyarah tidak mahu melihat notanya sendiri dalam kertas jawapan.  Mereka mahu melihat bagaimana pelajar memberi analisis dalam jawapan.  Ini bagi program saya.  Jika anda ambil kursus matematik, silalah ikut formula. Nak analisis apanya. 
Tadi petang mak telefon. Soalan wajib, "dah makan?" "Buat apa?" "duit belanja ada?" "sihat"
Dan jawapan tetap aku, "dah makan dah". "Tengah duduk-duduk" "duit ada lagi" "sihat je".

Its enough for makes my mum happy. Dia dah tua. Tak patut ditambah risau pasal aku.  Masa dia untuk bergembira, merehatkan diri.  Bukan dapat pening fikir soal aku. Cuti nanti baru balik. Usah cerita soal latihan ilmiah segala,  dengar dia cerita hal dia. kerana sudah 20 tahun aku menceritakan segala masalah aku disekolah tanpa aku sedari sedikit masa aku dengar cerita dia.  
~Buat apa yang aku tak sempat nak buat kat arwah abah~ 



Thursday, January 5, 2012

Si bujang cakap hal kahwin.

Video ini menyentuh hati ini.
kebahagiaan hak milik setiap insan.

Dihargai dengan kasih sayang.
Dibelai penuh kelembutan.
Menerima segala kekeurangan.
Kelebihan merupakan anugerah.

Kehidupan berkeluarga.
Tugas isteri jaga maruah suami.
Tugas suami jaga maruah isteri.
Kedua-dua jaga keharmonian rumahtangga.

Masalah dikongsi. Bahagia dicipta. Ikhlas bersama.
Jangan lelah dugaan menimpa.
Esok masih ada untuk keluarga.


~Lebihnya awak melengkapi kurangnya saya. Lebihnya saya membantu kekurangan awak~

Tuesday, January 3, 2012

Jangan Berhenti








Biar kita banyak tolong orang. Jangan fikir bila orang nak tolong kita. 
~teruskan berusaha selagi akal masih bernyawa~






How i can't be like them?

As 2012, i will turn to 22 years. And i dont have any problem with that number. it just a number. why we have too paranoid with number. your age. What exactly the problem is people are scared to face the reality to getting older. haha.. seriously, they are. Getting older here doesn't mean your face and skin are crumpled here and there. What i mean here is, nowdays people are dont want to face a lots of burden. avoid a stress life. Especially the youth.  Give them entertainment and do not give any problem. Haaa..they want it.  How we want to reshape our young generation as to make them more alert what happen to the surrounding? We need critical thinhking type of people in Malaysia.  Our professionals are leaving Malaysia.  Brain drain is a serious problem right now. too much of entertainment that slowly makes our young unaware, lax and this will effect our nation soon.

Owh...regarding to the title..i just wonder why i dont like to be like my friends..enjoying..love entertainment. And me just love to seat and think about the future of mine and our nation. where we are going after this.  I think i just getting older before the time. Ohhh..pity on me.

Monday, January 2, 2012

Kerenah

Pedih sungguh perut.
Senja sudah menampakkan muka..
Perut tak diberi makan sejak malam tadi.
Lapar sungguh.
Kedai makan tutup. Bas tiada.
Nak berjalan, Allah..jauh benar nak menapak.
Takut pengsan pula. Sudahla panas hari ini.

Hati berkira-kira. Hanya ada maggi.
Memang tak makan meggi. Hanya beli dua untuk bekalan waktu terdesak.
Macam sekarang.
Nak telefon sahabat atau makan saja maggi tuh.
Nak order pizza, ermm tengok duit jap. hahah
Cuba sms kawan lah. ajak keluar. Aku tak ada kenderaan kan.
Dapat jawapan yang mengecewakan.. ermmmm..
Apa la nasib hari ni, esok nak exam ni.
kat kedai tadi roti dah habis.
Tak makan kang sakit perut, migrain semua.
Aduh hai.

Sebelum hantar mesej tadi, dah dapat agak jawapannya.
Entah, sudah masak agaknya perangainya,
akan merungut bila diminta tolong. dan akan merungut jugak
jika tidak dilayan permintaannya.

Peristiwa ni buat aku tawar hati. biarlah.
Makan maggi dalam keterpaksaan. hahaha

Sunday, January 1, 2012

Tahun berubah, Minda sama

Selamat Memasuki Tahun 2012
Tahun penuh kontroversi. Kiamat?
Allah sahaja yang maha mengetahui.
Itu rahsia Allah.

Malam tahun baru.
Kelihatan dua sisi cara sambutan.
Bersama Ustaz Azhar Idrus dan konsert di I-City.
Kedua-duanya aku tak pergi.
Duduk dibilik mengulangkaji.
Boleh tengok semula di Youtube selepas ni.