Tuesday, December 27, 2011

Kuasa yang berkuasa.

Kau TUAH, dia JEBAT!
Negara DIA sayang, Rakyat DIA Bela.

Kau TUAH, dia JEBAT!
Yang salah dia cakap, yang betul dia ikut.

Kau TUAH, dia JEBAT,
Dia kenang siapa yang BERJASA,
Tidak sampai lumpuh akal, 
terkunci mati bicara,
tertutup buta mata, 
mengikut kehendak si pemegang kuasa,
melainkan itu suruhan Allah.

Kau TUAH, dia JEBAT,
Usah takut disingkir dipinggir
selagi rakyat tidak kau khianati,
selagi itu keris rakyat 
tidak menembusi
dada kuasa. 

Pesan buat diri, usah dikejar kuasa tanpa diberi. Jangan dibodohkan diri hanya untuk kemewahan duniawi.  Semuanya itu akan dibicarakan nanti.






Bukan salah, hanya terlebih.

Melayu memang ada sifat-sifat yang mulia. Sifat yang menyenangkan. Malah kadang-kadang terlalu baik. Ya.  Terlalu baik.

Za'ba ada menulis dalam Mlay Mail mengenai tiga sifat orang Melayu.  Berpuas hati (contented), segan (inarticulate) dan bersederhanaan (modest).

                    Kenapa 'berpuas hati'? Oleh sebab mereka tidak tahu tentang keadaan yang lebih baik.
               Kenapa 'bersederhana'? Oleh sebab kepercayaan jaya-diri memerlukan kelayakan sewajarnya      yang hanya boleh diperolehi melalui pelajaran yang mencukupi. 
Kenapa 'segan'? Oleh sebab mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan atau apa yang harus diperkatakan atau  bagaimana hendak dilakukan, 
Kesemua itu adalah kelemahan akibat dapripada pelajaran yang tidak mencukupi, dan ia hanya boleh diatasi dengan mengatasi kekurangan itu.

Za'ba berusaha menyedarkan. Kita memadamkan kesedaran demi kekuasaan.






Friday, December 23, 2011

Hujan menitis, Kenangan tersisip.

Hujan. Ya. Hujan yang mengingatkan aku kembali kepada sesuatu. Abah.

Bilik yang aku diami di kolej yang mahal yurannya ini berbanding kolej lain bocor. 
Setiap kali hujan yang lebat sikit, menitis-nitis air hujan bertakung dalam bilik aku ni, haiiii la.
Dulu, kat rumah,. bilik aku bocor jugak.  Aku punya merungut dengan abah aku, dia saja dapat tahan.
Haish, tiap kali hujan bocor.. tis tis atas muka aku yang tengah tidur. Esok nak sekolah, badan penat, tidur pulak terganggu. Angin la anak bongsu ni.  Abah panggil orang betulkan zink.  Bocor lagi lepas tuh. Aku merungut lagi. Sampai tak tahu abah nak buat macam mana sebab zink tu tak bocor pun. Aku pun tak tahulah nak cakap.
Bila duduk bilik kat kolej ni yang bocor, it just remind me my memories 'susahkan' abah.  Tak ambil tahu abah ada duit ke tidak, yang aku tahu tidur aku tak terganggu. Dan abah layan kehendak aku.  Sebenarnya abah tidur lagi tak nenyak daripada aku.  Fikir nak cari duit sekolah aku.
Petang ni, jari aku luka terkena pisau. Teringat kat abah lagi.  Abah pantang aku dapat luka, sakit. huh, dia orang pertama pergi beli ubat, ubat yang aku tak makan pun dia paksa aku makan. Tapi dia sakit, dia tak nak mengaku pun. lagilah makan ubat. Oh abah. 

Bila bendera turun, ludah yang naik!

Pertamanya. KAHKAHKAHKAHKAH (baca dengan nada sopan).
Umno sekarang gusar dengan dua jenis manusia. Satu, manusia yang dikategorikan sebagai pembangkang.  Manusia ni degil tahap tak boleh dipujuk punya. haha Pembangkang yang menimbulkan kekalutan dek pembongkaran demi pembongkaran, kata pembangkang, duit negara hilang, ketirisan ekonomi, rasuah sana sini, projek diberi kepada kroni, ini semua pembangkang yang cakap. Jadi, Umno takut sama manusia jenis ini. Berbahaya. goyah kerusi goyah kuasa goyah masa depan goyah akaun bank peribadi.
Kedua, sekarang umno takut dengan mahasiswa. Budak-budak yang belajar dalam universiti. pergi kuliah masuk  'exam' tu. Itu macam pun takut kah? Bukan, Umno takut dengan mahasiswa cakna. Mahasiswa yang tidak mengikut fahaman aliran pemikiran Umno sahaja yang mampu membela nasib Melayu. Mahasiswa ini inginkan kebebasan<------ ditentanglah AUKU.  Mahasiswa tidak ingin akademik dipolitikkan<-------terjelmalah kebebasan akademik. Banyak lagi isu yang digegarkan oleh mahasiswa yang dicap sebagai kuda-kuda pembangkang.
Hai laaaa...anak muda yang macamm mana kau nak? anak muda yang tidak membantah? anak muda yang tidak kritis pemikiran? Tahukah anda anak muda yang dibiarkan menerima apa saja yang berlaku tanpa menyoalkan kembali, tidak bangun bersuara dalam pelbagai perkara, tidak endah hal negara, serahkan negara pada yang yang elit sahaja akan menghasilkan mahasiswa yang ...lantaklah, janji aku dapat kerja, janji aku kaya, janji aku tak buat kacau, janji aku dapat beli kereta besar. <-------pentingkan diri. heh, masalah yang diutarakan oleh pembankang, mahasiswa adalah masalah dalam masyarakat. tak kena batang hidung sendiri boleh la kau cakap tak perlu nak tentang. memang ada kurang dalam pemeritnahan. ya, tapi jangan sampai guna duit rakyat! Itu amanah!

Ini zaman bolitik baru. politik tinggi nilai kritis. Bukan serang peribadi, tapi kita serang nilai dalam pemerintahan. Kebertanggungjawaban. Ketelusan. Keihklasan. Bukan Kekuasaan Matlamat Utama Untuk Mencari Kekayaan.

Ramai yang puas hati kerana tidak mampu memikirkan yang lebih baik.

Parti politik boleh tumbuh setiap masa. Parti bukan milik semua orang, tapi tanah air buat seluruh rakyat. Jika parti politik hancur, kita boleh ganti pelbagai parti politik. Kita selalu tanya, jika tanah air musnah, kita nak ke mana?...Seruan kepada golongan muda, agar tidak taksub kepada baka politik. Biarlah nenek moyang kita mewarisi baka politik tersebut. Nenek moyang kita BN-PAS-PKR, biarlah mereka. Itu hal nenek moyang kita. Yang kita perlu fikir adalah tanah air kita. Apakah tanah air kita lebih baik daripada negara2 lain?...Negara perlu buat perubahan. Ini masa depan kita. Ini tanah air kita. - Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah