Friday, October 21, 2011

Ilmuan Makin Dicengkam!

Selamat sejahtera ke atas kalian.

Hari Jumaat yang indah, moga keberkatannya kita merasa bersama.

Seluruh mahasiswa negara yang prihatin akan isu semasa pada hari ini
telah menunjukkan solidariti menyokong Prof. Dr. Aziz Bari kerana 
beliau telah digantung selepas isu ulasan beliau terhadap campur tangan 
Sultan Selangor dalam isu DUMC kerana dianggap menhina Sultan Selangor.

Pandangan saya lebih kepada isu kebebasan intelektual.  Bagi saya, 
Prof. Dr. Aziz Bari memberi komentar berdasarkan bidang kepakaran 
beliau.  Ada pihak menyarankan beliau menyertai politik.
Bagi saya, bidang Prof. Dr. Aziz Bari terlibat dalam perihal perlembagaan,
di mana dalamnya terkandung perihal politik.
Hujah beliau jika didapati salah, mengundang kekliruan, silah mana-mana
pihak yang merasakan ianya salah, tampil ke hadapan, nyatakan kembali
hujah-hujah akademik berasaskan fakta. Bukannya dengan menggantung
beliau.  Sila ketepikan pendirian parti.
Saya melihat isu ini sebagai pengongkongan ahli akademik..  
Kita perlukan pakar dalambermacam bidang, 
 kita perlukan pemikir kritis, andai begini caranya,
kita akan kehilangan ilmuan yang banyak memberi manfaat.

Bangkitlah! Kita Pertahankan ILMUAN yang menunjukkan arah KEBENARAN!!!

UPHOLD THE AUTHORITY OF IDEAS, NOT THE IDEA OF AUTHORITY -Saifuddin Abdullah.

Wednesday, October 5, 2011

Bersatulah!!

Mai sini aku nak habaq kat hangpa satu perumpamaan.
Analogical story telling. chewwaaah!

Begini tuan-tuan, puan-puan, adik-adik sekalian..
cuba angkat tangan anda dan goyangkan.
semua pakar kan? Pengaruh filem Hantu Kak Limah lah tu!

*OK, BACK TO THE TOPIC!


Seruan-seruan untuk rakyat bersatu sememangnya sering kali kita dengar.
Bersatulah! Bersatulah! Bersatulah!

(Bukan berdua lebih baik?)


Mengapa? Kerana perpaduan...kerana kekuatan
Jika kita tidak bersatu...
cuba bayangkan jari jemari kita..
kita nak makan...
jari-jari anda tidak ingin bersatu...
boleh anda suap makanan?
Heh, kalau satu jari luka, payah bebenar nak suap tahu tak!
(jangan emo boleh tak?)


Saya sebagai rakyat Malaysia...ingin menyatakan bahawa saya menyokong semangat perpaduan,
WE ARE MALAYSIAN! saya juga akan BERSATU menentang KEZALIMAN!
-Masa anda berkuasa, anda ada segalanya, setelah kuasa itu tiada, anda seperti _____________-

Sunday, October 2, 2011

Realiti...

Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai, membeli ubi dan    dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari"

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan"

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca"

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah"

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca"

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi"







-SATU BERITA BOLEH DIINTEPERASIKAN DALAM PELBAGAI MAKSUD. NI BELUM LAGI CERITA ITU DISAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN-