Saturday, May 26, 2012

Tesis, Kerepek Ubi dan khayalan.

Hari ini, sudah minggu ke berapa aku tidak tahu mana siang, bila malam.
Itu padah semua benda berlonggok setempat. Maknanya semua benda nak settle ini jam.
Nah, badan ini telah diseksa. Otak juga pedih diperah. Mata perit merah. Hendak salahkan siapa?
Entah.

Menulis tesis ini menyebabkan aku sering kali memikirkan, mengapa ini keadaan Malaysia?
Mengapa? Ke mana hala tuju Malaysia? Sambil makan kerepek ubi, aku menaip dan berfikir.
Sesekali aku buka profile buah hati peneman jiwa bakal suami hendaknya... rakan-rakan muka bukunya cukup kuat mempertahankan Umno. Aku mampu tersenyum. Berjayalah mereka menerima rasionalisasi BN tanpa mencari apa yang sebenarnya.  Tatkala kita bercerita soal Bersih, soal jalan jam dan menyusahkan orang yang dibangkitkan menjadi hujah dari komen pertama sehingga ke tiga puluh lima. Aku malas hendak menjadi 'panglima papankekunci".  Aku biarkan sahaja mereka menanggung rasa benci kepada Bersih.  Sudah ada pun pihak menceritakan apa itu Bersih. Jadi, tidak perlu aku ulang-ulang. Aku hormat pandangan mereka. Mungkin Bersih juga ada silap dalam mengurus peserta, tapi lagi silap pihak berkuasa tidak memberi kerjasama!

Tahu mana aku dapat kerepek ubi tu? Dari makcik yang datang jual ke bilik aku di tingkat 5.  Aku sedih dan kesian, wajahnya yang sudah tua, kudrat yang tinggal sisa tidak larat, peluh membasahi dahi. Dari aku beli potato chip kat kedai tu, baik aku beli dari makcik ni ha. Dapat gak makcik ni duit dari aku tolong kayakan orang sudah kaya? Kan?

Ah, tesis aku belum siap. nanti-nanti sudah siap aku khabar pada kamu ya?

No comments:

Post a Comment