Saturday, January 7, 2012

Cerita Termenung di Tepi Tingkap

Hari ini, muka surat ke tujuh daripada 366 helaian hari yang bakal dilalui dalam buku 2012. Penulisnya ialah diri sendiri. Diedit oleh keadaan, takdir dan segala ketentuan yang telah ditetapkan.  Setiap helaian adalah rahsia.  Hanya yang sudah dilalui diketahui.  Sebarang cerita dalam muka surat seterusnya hanyalah jangkaan.  Segalanya tertakluk kepada Allah.  Penulis hanya mampu menulis kehidupannya dengan kemampuan yang diberi. Kerana Allah Maha Mengetahui segalanya.
Dalam minggu peperiksaan. Sedikit cubaan sebagai pelajar. Peperiksaan menguji sedikit ingatan pelajar.  Pemahaman pelajar.  Usaha yang sepenuhnya untuk memberi terbaik dalam peperiksaan.  Untuk merasa puas dalam belajar, bukanlah semata-mata dapat pointer yang baik, tetapi pelajar mampu menghurai dan menerangkan kepada orang lain yang tidak mengetahui mengenai ilmu yang kita belajar. Ramai yang hafal nota. Tanpa faham.  Itu sedikit menyedihkan.  Ini peringkat universiti.  Dengan ilmu itulah kita menilai segala apa yang berlaku dalam persekitaran bidang kita.  Letakkan jiwa dalam menuntut ilmu.  Roh ilmu akan hidup. Jangan matikan jiwa sebelum roh berpisah dengan jasad.
Tidak tidur malam untuk sumbat segala nota dalam otak. mahu dituang semula ketika menjawab peperiksaan. Sebenarnya, mengikut pengalaman diri, banyakkan membaca kerana membaca nota pensyarah tidak mampu memberi artikulasi jawapan yang bagus.  Pensyarah tidak mahu melihat notanya sendiri dalam kertas jawapan.  Mereka mahu melihat bagaimana pelajar memberi analisis dalam jawapan.  Ini bagi program saya.  Jika anda ambil kursus matematik, silalah ikut formula. Nak analisis apanya. 
Tadi petang mak telefon. Soalan wajib, "dah makan?" "Buat apa?" "duit belanja ada?" "sihat"
Dan jawapan tetap aku, "dah makan dah". "Tengah duduk-duduk" "duit ada lagi" "sihat je".

Its enough for makes my mum happy. Dia dah tua. Tak patut ditambah risau pasal aku.  Masa dia untuk bergembira, merehatkan diri.  Bukan dapat pening fikir soal aku. Cuti nanti baru balik. Usah cerita soal latihan ilmiah segala,  dengar dia cerita hal dia. kerana sudah 20 tahun aku menceritakan segala masalah aku disekolah tanpa aku sedari sedikit masa aku dengar cerita dia.  
~Buat apa yang aku tak sempat nak buat kat arwah abah~ 



No comments:

Post a Comment