Friday, September 30, 2011

For ALL=)

Malam Jumaat...
Letih..
Masa untuk rehat.
Tadi ada kelas lah,
bukan penat apa ;-)
hehee..

In fact, i have a lot of works to do..
have to read books, to complete my assignments..
but..
social network first. huhu

And i do not know how i end up by listening theme song
of PAS. hahaha...
seriously, i never listen to that song.
oh shame on me..
lagu umno aku tahu, selalu dengar kat tv.
hahaha..

sedap didengar, ada mesej, PAS FOR ALL =)

Tuesday, September 27, 2011

Selagi hidup, masih ada harapan!

Sebuah impian, satu cita, seribu cerita.
Sukarnya untuk dapat apa yang diinginkan.
Mengapa?
Kerana ada masa dan ketika akan sampai
segala hajat, akan termakbul segala hasrat,
akan terjelma sebuah harapan menjadi 
sebuah realiti kehidupan.

Usah bersedih.
Usah menangis.
Tiada apa mampu diubah.
Hanya usaha dengan kudrat sendiri,
Kepada tuhan kau berserah,
setelah kudrat manusia kau lelah.

Tuhan tahu apa terbaik.
Tuhan meletakkan kau penuh ujian.
Jangan dirungut,
Usah diragu.

~teruslah berjalan dalam kehidupan, carilah kebahagiaan, kejayaan yang difahami oleh jiwa~


Friday, September 23, 2011

Antara ketawa dan pengakuan agung!

4 bulan cuti, bosan!
Tak reti bersyukur?
Layak duduk di dalam hutan tebal saja macam tu.

Kembali menulis blog..
Selepas sedikit lama menyepi.
haihh...
mengeluh itu bukanlah satu senaman pernafasan yer.

Saja ingin meluahkan rasa hati di sini.
Semasa cuti, banyak filem-filem Melayu ditayangkan di pawagam.
Aku? Satu pun tak tengok. hahaha..

Maka, cerita yang boxoffice (kotak pejabat?) adalah cerita yang berunsurkan lawak-lawak,
yang tengok tak kering gusi, ketawa terbahak-bahak dan terkeluar anak tekak. Aku tak pernah ketawa sebegitu. Buruk rupa.

Selepas berjuta-juta penerbit dapat duit, pop-corn berkontena habis dijual, duit raya habis beli tiket, timbul isu mengenai adegan menghina islam dalam satu filem.
Sebelum itu, seisi tanah air kesayangan ku ini digegarkan dengan kenyataan seorang ahli politik mengenai perihal pejuang kemerdekaan.  

Dua isu yang berbeza skop, berlainan bidang, sama komuniti-Melayu dan Islam.
Isu filem-artis, hiburan, bukan politik
Isu pejuang kemerdekaan-ahli politik, sejarah, politik
Persamaan: Melayu dan isu islam.

Maka, isu pejuang kemerdekaan telah pun dibawa ke mahkamah. Sebelum itu, hari-hari aku dok dengar dalam Tv. Dah tak dak berita lain dah......
Ramai kata...dia buta sejarah, letak dalam ISA je (dah mansuhlah!) tangkap!!! tangkap!!! tangkap!!!

Aku tak tertarik isu pejuang kemerdekaan-aku dah dapat agak reaksi orang Melayu. 
Aku tunggu isu menghina Islam.ada yang kata...'biasalah, cerita itu sudah meletup, ada saja yang nak dengki cari salah.' Ada yang kata...'diaorang berlakon saja, tak da niat pun, orang tengok nak gelak-gelak, happy saja maa...' 
Sudah ada pihak membawa isu ini ke tengah, aku masih menunggu reaksi seterusnya.

Aku masih sedih dengan keadaan ini. 
banyak betul hantu di negara ku ini. 

-Jangan permainkan dua kalimah syahadah-