Sunday, April 1, 2012

Rindu telah melambai hati


Sejak kebelakangan ni..maksud aku sejak sebulan yang lepas, 
hati ni selalu terimbau keindahan Ramadhan. 
Ya, ramadhan lama lagi. Entah kenapa, rindu itu melambai hati ni.
Apa Allah cuba sampaikan kepada aku, di luar kotak akal pemikiran ni.

Rindu...
Mungkin makin jauh aku dengan amalan-amalan,
mungkin makin renggang aku dengan sujud,
mungkin makin sikit zikir aku puji Allah.
Mungkin makin alpa aku memohon taubat.

Allah datangkan rasa rindu keindahan ramadhan.
Hanya aku tertanya, apakah aku sempat bersama ramadhan kali ni?
Mungkin ramadhan aku yang lepas tidak seberapa. telah dilepaskan peluang sebegitu.
Kini aku menagih simpati tuhan untuk pertemukan aku dengan bulan penuh barakah itu.
Terngiang-ngiang suara imam mengalunkan ayat suci kalam allah ketika tarawih. Terasa ketenangan mendengar Tahrim subuh selepas sahur. Indahnya solat berjemaah isyak sebelum tarawih. Indah. Tenang. Subhanallah. Allahuakbar.

Sesungguhnya manusia itu menzalimi diri mereka sendiri. Benar, sungguh sukar berjalan hidup dalam sebenar amalan yang diterima. Dugaan dan godaan itu sungguh besar. Apatah lagi iman senipis kulit bawang, goyahnya sentiasa. Aku rindu RAMADHAN.

No comments:

Post a Comment