Saturday, May 26, 2012

Tesis, Kerepek Ubi dan khayalan.

Hari ini, sudah minggu ke berapa aku tidak tahu mana siang, bila malam.
Itu padah semua benda berlonggok setempat. Maknanya semua benda nak settle ini jam.
Nah, badan ini telah diseksa. Otak juga pedih diperah. Mata perit merah. Hendak salahkan siapa?
Entah.

Menulis tesis ini menyebabkan aku sering kali memikirkan, mengapa ini keadaan Malaysia?
Mengapa? Ke mana hala tuju Malaysia? Sambil makan kerepek ubi, aku menaip dan berfikir.
Sesekali aku buka profile buah hati peneman jiwa bakal suami hendaknya... rakan-rakan muka bukunya cukup kuat mempertahankan Umno. Aku mampu tersenyum. Berjayalah mereka menerima rasionalisasi BN tanpa mencari apa yang sebenarnya.  Tatkala kita bercerita soal Bersih, soal jalan jam dan menyusahkan orang yang dibangkitkan menjadi hujah dari komen pertama sehingga ke tiga puluh lima. Aku malas hendak menjadi 'panglima papankekunci".  Aku biarkan sahaja mereka menanggung rasa benci kepada Bersih.  Sudah ada pun pihak menceritakan apa itu Bersih. Jadi, tidak perlu aku ulang-ulang. Aku hormat pandangan mereka. Mungkin Bersih juga ada silap dalam mengurus peserta, tapi lagi silap pihak berkuasa tidak memberi kerjasama!

Tahu mana aku dapat kerepek ubi tu? Dari makcik yang datang jual ke bilik aku di tingkat 5.  Aku sedih dan kesian, wajahnya yang sudah tua, kudrat yang tinggal sisa tidak larat, peluh membasahi dahi. Dari aku beli potato chip kat kedai tu, baik aku beli dari makcik ni ha. Dapat gak makcik ni duit dari aku tolong kayakan orang sudah kaya? Kan?

Ah, tesis aku belum siap. nanti-nanti sudah siap aku khabar pada kamu ya?

Sunday, May 13, 2012

Maaf

Oh rindunya~~~~
Pada kucing-kucing semua..
Ada 10 ekor! Tapi 5 ekor yang baru lahir tu belum lagi sempat nak tengok. Hujung bulan nanti kot baru dapat balik.  Memang sayang kucing. Gila kucing. Hahhaha

Sebenarnya, sebelum ni tak pernah sayang melampau. sayang-sayang macam tu je. Ada ke tak, tak kesah. Bukan jenis yang benci.  ada sebab jadi sayang sangat kat kucing. Sebab penyesalan membawa kepada rasa kasih sayang. hahhaha

Dulu ada bela kucing, nama dia Jubli. Kucing Parsi, ekor kembang hidung kemek. hihihi muka garang, tapi suara takde. Alahai, nak dengar dia mengeow pun susah. Kalau dia lapar, dan ye, terlupa bagi makan, dia akan datang dekat dan mengeow. Kalau da tak keluar suara tu kan aku tak dengar. Kalau lama sangat aku tak perasan, dia akan panjat kaki aku. Hahaha. comel dia ni. walau bulu dia semua hitam.
Lama-kelamaan, dia sakit. sakit tua aku syak. Bulu dia lama-lama gugur. dah tak macam kucing parsi aku tengok. lawak pun ada. Kadang-kadang terketawakan pun ada.  Kesian Jub.
Masa bulan puasa ni, makin tak sihat si Jub. Bau dia busuk. Dah mandikan pun ada lagi bau tu. Mungkin dia sendiri dah tak reti bersihkan bulu dia.  Pada satu hari ni, bulan puasa. Aku nak pergi beli barang raya, siap-siap then masuk kereta.  Sebelum tutup pintu, Jub masuk kat seat aku, dan panjat badan aku. Ok, ni aku kejam. Aku turunkan dia, aku cakap,'janganlah Jub, bau Jub melekat lah. Orang nak pergi shopping ni. Jub duduk rumah tak boleh ikut", Dia tengok muka aku dengan penuh kesedihan. Dia panjat lagi sampai ke dada. Aku turunkan lagi. Letak kat luar kereta, tutup pintu cepat-cepat. Aku pergi dengan selamba. Aku nampak Jub duk tengokkan aku dari luar.

Rupanya, itu kali terakhir Jub panjat badan aku untuk bermanja. Pagi esok, subuhnya, Jub dah mati. Dia mati bawak kerusi dekat luar rumah. Oh... tak dapat peluk lagi Jub. Dia nak bagitahu aku sebenarnya yang dia nak pergi, tapi sebab aku sibuk nak pergi shopping, aku tak layan, marah ada lah. Maaf Jub...



masa ni dah sakit dah. bulu dia pun da malas nak jaga. tu style dia tidur. haha

Wednesday, May 9, 2012

LAME

Bulan 5. Ya. Bulan Semua Benda Kena Siap!  Ah! Kau bentak sekuat mana, ini yang wajib dihadap. Sedarlah diri sudah besar. Matangkan lah diri dan akal.

Tiada apa yang terlintas, hanya rasa bilakah semua ini akan selesai.
Perjalanan yang jauh itu sebenarnya manis walau sakit dan pahit.
Tarik nafas, pejamkan mata, bayangkanlah apa cita-citamu!

Friday, April 27, 2012

Not the best.

Sudah tiga hari tidur saya tidak menentu. Hari Rabu saya tidak tidur hingga ke pagi. 24 jam berjaga. Siangnya saya menyediakan nota pembentangan tutorial. Sebenarnya sudah siap, hanya perlu membaca huraian fakta yang nak diterangkan nanti. Hendak dijadikan cerita, 10 minit sebelum giliran saya bentang, sakit perut datang. Oh mak aihh. memang hilang mood terus. Masih bersifat profesional dengan tak membuat muka tahan sakit kat depan kelas. Hanya suara menjadi perlahan dan banyak huraian yang saya ringkaskan. Sangat banyak yang saya skip. Kemudian, dalam sesi soal jawab, daripada 7 soalan daripada audience, 6 ditujukan kat aku. Hhahaha. Mati keras kau kat depan. Soalan budak ni bukan dalam skop perbincangan aku. Aku bentang Thailand dan Filipina, yang ditanya Indonesia. Oh alah hai. Bila sakit perut, otak memang tak dapat jawab dengan baik. Ermmm... nota pembentangan saya memang tak ayat berjela-jela kerana  Power Point is all about points. not an essay in it. Tapi, apakan daya, pembentangan itu tidak bagus mana. Yang duk tulis panjang-panjang adalah yang baik. wuwuwuwu. saya sedih mengenangkan pembentangan saya yang macam sampah tu. Fuhh.. mental distrubtion terus aku sampai ke petang. Matilah...habislah markah aku...oh sedihnya hidup macam ni..kenapalah aku tak tulis je esei dalam slide pembentangan tu. Biar budak ni rabun tulisan kena baca tulisan kecik-kecik semua....wuwuwu.

Tapi, bukanlah aku balik bilik terus tutup muka dengan bantal dan menangis. Langsung TAK COOL. Duduk sebentar di waktu petang, sambil ber'sms' dengan insan jauh di mata dekat di hati. Dengan azam yang kuat dan ingin tebus kebangangan aku masa present tadi, aku terus menulis esei. Alhamdulillah, ada hikmah disebaliknya. Kalau tidak, tak buatnya. Excited menulis, sampai ke pagi aku dok depan laptop. ehehehe.

Thesis juga sedang bermasalah sekarang ni. Bab II sudah terlalu detail. Penyelia kata ini bab 3. bukan Bab 2. aiyaaarkkk! Dalam menulis jangan over yer. Jadi macam tu lah. hmmm...lemme finish up Dato's assignment first, then i'll re-construct my thesis. wuwuwuwu lagi.
Dont have too much time for updating this blog. Just to remind, tomorrow will be held BERSIH 3.0. Let's see what happen tomorrow.

Hari esok ada Seminar Undang-Undang anjuran FUU.

Saturday, April 21, 2012

Pergi jua

Hari minggu, hari beristirehat. Maknanya, bagi isteri rehat. Hahaha.  1 minggu selepas naik cuti pertengahan semester memberi banyak pengalaman.
Khamis dari pagi sampai ke petang ada program. Jadinya, aku prepare semua-semua tu dari isnin. I'm not multitasking person who can do few jobs in a time. Tertangguhlah kerja-kerja aku selagi program ni tak berlangsung. Dari penerangan tugas ajk kepada penerangan kepada peserta aku kena handle. Serabut la jugak kepala ni. Tapi pengalaman tolong urus program-program Santun banyak membantu. Lega. Ada masalah teknikal diperingkat awal. yang ni aku dah tak tentu arah sangat. sampai pagi tu tak breakfast langsung yer. Tak lalu aku nak makan. Setiap kali program yang aku kena handle aku memang tak lalu makan. Entah kenapa. Mungkin setiap kali nak makan, ada aje yang panggil. Tak khusyuk aku makan.
Kemudian, setelah siap slot pagi yang aku uruskan, aku dah boleh makan dengan ok. Tapi tetap tak selera sangat mungkin sebab aku penat. Banyak betul mungkin. Mungkin sebab kurang pasti punca tak nak makan tu. Mungkin lagi. =.="
Sebelah petang tolong-tolong sikit ajk slot petang. Memang penat yer. Aku rasa budak-budak ni memang lepak. 8 pagi-7 petang program baru habis. Antara salah satu bukti yang menunjukkan budak-budak ni penat, mereka tak online fb mahupun twitter. Ada yang cakap kat aku petang tu, "ni la kelas paling lama aku kena datang' haha . Ada pula yang cakap ' pergh, dugaan betul pagi tadi, dah la hujan, tak pernah hujan yang begitu mengasyikkan untuk tidur'. hahaha. Ada juga yang cakap ' aku rasa macam pelik aku mandi pagi-pagi tadi' nampak sangat kalau tak ada kelas pagi memang tak mandi pagi la budak-budak ni. hahaha
Aku rancang mahu tidur jam 10. Penat. Tapi ada sesuatu yang berlaku.

Mendapat khabar mama kepada adik Santun sedang nazak di HKL. Antara ayat mesej beliau yang membuat penat aku totally hilang..."Please let everyone know tht, mama sangat2 nazak. Doctor benarkan datang ICU
sekarang ramai2. Mama mungkin bole meninggal malam ni/esok." Saat aku baca mesej tu, aku rasa...tak tahu nak cakap. Dengan perhubungan pantas antara aku, syahir, ain dan eja.. aku berjaya pinjam kereta Hanis, nasib dia ada kat ukm. Bergegas pergi ambil Ain kat Putrajaya kemudiannya ke HKL. Nak masuk ICU tu je kena semak nama kat dua pitstop polis bantuan. First time yer masuk icu. 


Tak lama selepas aku sampai, dalam 1.30pagi  mama adik ni pergi. Berpisah jasad dan roh di depan mata. Aku tak tahu nak reaksi macam mana. Aku langsung jadi terdiam dan terkaku. Pada mulanya aku keliru, Pak cik kat sebelah aku cakap dah takde, tapi aku tengok masih ada yang berbunyi-bunyi kat mesin sebelah arwah tu. Banyak sangat nombor. Tanya budak-budak ni semua tak tahu. Yerla budak ni bukan nya ambil perubatan.  Sampailah aku tengok doktor datang check arwah, then bagitahu kat waris yang sememangnya sudah tiada. Selalu aku tengok dalam cerita-cerita tv je. Sekali lagi aku kaku tak tahu nak reaksi macam mana.  


Adik tu sangat lemah, mungkin terlalu penat. Aku tahu dia kuat. Menunggu seketika sebelum pulang meninggalkan HKL. Adik hanya dua beradik dan sudah tiada ayah. Aku lagi menjadi diam memikirkan bagaimana mereka hendak survive tanpa orang tua di sisi. Ermm..tapi pabila melihat ramai sanak saudaranya yang berada di HKL, aku rasa adik tidak akan mengalami kesulitan yang sukar. Insyaallah ada yang membantu adik dan abangnya. 


Apa yang membuat air mata aku berderai ialah saat si abang memeluk adiknya dan mengatakan, "abang jangan tinggalkan adik,." oh tuhan, berat ujian kepada dua beradik ni. Moga mereka tabah dan kuat hadapinya. Insyaallah.

Setibanya aku di HKL, mendapat mesej daripada Azrai menyatakan bahawa ayah kepada Nazif, ahli Santun juga telah meninggal. Allah...

Innalillahi wainna ilahi raji'un. Takziah adik, takziah Nazif. Pergi bonda dan ayahanda kalian di pagi jumaat yang mulia. 


Peristiwa pagi jumaat itu membawa aku mengenang kembali peristiwa sebelum subuh jumaat 17hb November 2006. 


Alfatihah kepada semua yang telah kembali kepada Allah.

Sunday, April 1, 2012

Rindu telah melambai hati


Sejak kebelakangan ni..maksud aku sejak sebulan yang lepas, 
hati ni selalu terimbau keindahan Ramadhan. 
Ya, ramadhan lama lagi. Entah kenapa, rindu itu melambai hati ni.
Apa Allah cuba sampaikan kepada aku, di luar kotak akal pemikiran ni.

Rindu...
Mungkin makin jauh aku dengan amalan-amalan,
mungkin makin renggang aku dengan sujud,
mungkin makin sikit zikir aku puji Allah.
Mungkin makin alpa aku memohon taubat.

Allah datangkan rasa rindu keindahan ramadhan.
Hanya aku tertanya, apakah aku sempat bersama ramadhan kali ni?
Mungkin ramadhan aku yang lepas tidak seberapa. telah dilepaskan peluang sebegitu.
Kini aku menagih simpati tuhan untuk pertemukan aku dengan bulan penuh barakah itu.
Terngiang-ngiang suara imam mengalunkan ayat suci kalam allah ketika tarawih. Terasa ketenangan mendengar Tahrim subuh selepas sahur. Indahnya solat berjemaah isyak sebelum tarawih. Indah. Tenang. Subhanallah. Allahuakbar.

Sesungguhnya manusia itu menzalimi diri mereka sendiri. Benar, sungguh sukar berjalan hidup dalam sebenar amalan yang diterima. Dugaan dan godaan itu sungguh besar. Apatah lagi iman senipis kulit bawang, goyahnya sentiasa. Aku rindu RAMADHAN.

Saturday, March 31, 2012

bertemu kembali, berpisah lagi.

Sabtu! Hari Ketiduran!
(~.~)"
mengantuk sungguh la dari pagi tadi bawak ke petang...
Cuaca panas..kat luar la, kat dalam bilik ni ha, sejuk aje..

Dan hari ini, pertemuan kali kedua setelah 2 tahun berpisah. Haha terpisah di alam nyata, bertemu di alam maya,
itu pun jarang bertegur sapa.
Dayah Saad datang ke UKM untuk kali ke-2.  Pertama kali, semasa tahun 1 di ukm, tak ingat pulak tahunnya. 2009/2010.
Aku suka kawan dengan dia nih.. semua dia ada. lawak pun ya, kalau belajar, pandai pun ya, baik pun ya..gaya dia pun ya, dan aku suka dia bercerita. haha banyak aku belajar dari dia dulu masa time asasi.

Kali ni aku sempat nak jumpa dia bila dia dah nak balik je. huhu dah tu je masa yang ada. Nak buat lagu mana. Alhamdulillah, itu pertemuan ketentuan tuhan.  Lepas ni aku tak sure bila kemungkinan dapat jumpa, sebab aku dah nak meninggalkan dunia degree ni...
Berborak sekejap..dengar dayah bercerita, and what i feel is, oh my..how much i miss this girl. I miss asasi's time. Oh..how fast the time flies. Dan perkara di luar jangkaan, ada beberapa orang budak asasi lain, ingat muka aku. kehkehkeh.

Di saat berjumpa tu, bersalam berpeluk. Dan dayah bagi kad dia. Tu diaaa, dah jadi orang kuat dah! Aku dah tahu lama dah..sebelum dia bagi kad, just tahu post dia je.



Dan satu perkara yang membuat aku terkejut, terharu dan tak tahu nak cakap apa, dia bagi aku hadiah yang secara tiba-tiba..Dia tak tahu nak bagi apa, dia bagi aku butang tu..... on the spot dia tanggalkan dari beg dia. aku tak tahu nak cakap apa.. mungkin terharu aku terlebih sangat. Dayah, did i said thak you to you for this?
Dalam hati aku, ikhlas sungguh hati dia...ikhlas sangat. Moga Allah bagi yang lebih baik kepada kau sahabat. Lebih baik daripada yang Allah bagi kat aku. Terima kasih sahabat.