Dangggg...
Pilihan Raya Kampus kembali.
Tapi..kejap.
Macam tak ada apa-apa pulak aku tengok kat UKM ni. Dah dekat dah nak PRK.
Come On, guys! Mana suasana PRK?
No demo this year. Kuikuikui.
Or not yet? Let us wait and see yea.
Di UKM, ada dua pihak; Gabungan Mahasiswa (GM) dan Aspirasi. Ungu lawan Biru.
3 tahun di UKM mencatatkan pengalaman berbeza. Aku bukan aktivis mana-mana pihak. Tetapi aku ada pihak yang aku sokong dan lebihnya aku hanya memerhati dari jauh kedua-dua pihak ini bergerak.
2010, mencatatkan kemenangan bagi GM. Tahniah~Doa wahdah bergema disaat kemenangan diumumkan.
Kini, hampir tamat perkhidmatan Pimpinan yang telah dipilih. Maka, diambang PRK. Aku teruja. Ingin melihat gelagat adik-adik aku di UKM ni.
Sahabat aku seorang orang kuat GM. Seorang rakan sekuliah, wakil pimpinan Aspirasi. Menarik bukan. Dua pihak berlawanan dalam satu kuliah. Bisa saja aku nilai pandang dunia mereka berdua. Penting, sebagai mahasiswa Sains Politik, kami melihat hujah berasaskan fakta. bukan isu A, kita berhujah pasal B. Fokus ye. sila fokus isu.
Nah, bila tiba diambang PRK, aku ketemukan satu risalah. Merata diletak risalah tu. Aku pun dengan rajinnya membacanya. Inti risalah tu: Baik GM mahupun ASPIRASI, dua-dua sama, tidak menunaikan apa yang dijanjikan kepada mahasiswa, mereka sama saja seperti ahli politik diluar sana yang hanya pandai besarkan perut. Peranan PMUKM itu sudah tidak ada lagi katanya...Selepas membacanya..aku tersenyum. bukan, aku sengeh. ngeh ngeh.
Mahasiswa, suatu ketika dahulu, dipandang tinggi. Sekarang, mahasiswa dilabel sebagai anak muda yang mentah, tidak matang, nasib tak berapa baik, dilabel bodoh dan bangang. Kalau ada, sila 'pangggg!' muka yang cakap tu. Tak baik cakap orang bodoh. Dan tak baik juga melempang orang. Haahaha
GM dilabel pihak oposisi gerakan yang suka berdemonstrasi. Ya, aku pernah join. cool jugak demo nih. haha Hanya untuk pengalaman. Bagi mereka yang tidak pernah ambil pusing, mereka tidak akan faham kenapa perlu sampai berdemo. Ada masa, pergi borak dengan hard core atau aktivis GM. Tak semua isu ada demo.
Ya, dalam sebuah masyarakat, akan ada pihak yang muak dengan politik. bagi mereka, tidak ubah apa-apa. Aku ingin mengingatkan kalian, dalam politik kampus, adalah satu contoh terkecil untuk menggambarkan keadaan diluar. Di kampus, perwakilan dipilih bukan untuk mengubah dasar universiti. Di universiti, kita memilih perwakilan untuk membantu mahasiswa menyalurkan keperluan pelajar yang tercicir dipandang oleh pihak pentadbir. Selain itu, sebarang idea yang mengangkat mahasiswa secara intelektual adalah sangat dialukan dan perkara boleh diajukan kepada pimpinan mahasiswa dan dibincangkan kemudiaanya bersama pentadbiran.
Dan sekarang, GM mengambil langkah baik, aku mengalu-alukan tindakan tersebut. Mengadakan 'Walk for Election, 2012'. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai PRK yang merupakan sebahagian hak mereka. Perlunya PRK berjalan dengan adil dan telus. Membina politik nilai, bukannya politik sempit. Jika mahasiswa sudah sedar diperingkat kampus, tidak sukar untuk mereka memahami politik luar. Mahasiswa tidak boleh mengasingkan diri daripada masyarakat. Akhirnya nanti, mahasiswa perlu bercampur dengan masyarakat. Jika tidak ambil tahu ketika di kampus, bagaimana hendak kembali kepada masyarakat. Mahasiswa ini nanti yang akan menjadi pemimpin masyarakat kelak. Jangan dibelenggu mereka dengan undang-undang tak mencambahkan pemikiran. Jangan jumudkan mereka. Nak bersuara takut. Fahamkan mereka dengan asas bernegara kita. Fahamkan mereka dengan asas hubungan antara kaum. Fahamkan mereka dengan matlamat bernegara. Fahamkan mereka dengan realiti. Fahamkan mereka dengan perpaduan. Bukan takutkan mereka dengan perkauman. Bukan sempitkan otak mereka dengan kegagalan. Bukan jumudkan mereka dengan undang-undang yang mereka tidak faham. Terangkan, fahamkan, aku yakin mahasiswa Malaysia, sayangkan negara ini. Kami lahir di sini, ini tanah air kami. Kami tidak ada negara lain. Jangan dihenyak kami dengan sentimen perkauman. Kami ingin melihat Malaysia yang lebih baik untuk anak-anak kami kelak.
Berbalik PRK, kepada pihak yang merasakan pimpinan yang dipilih tidak membawa perubahan, gugurkan mereka pada prk akan datang. Gantikan dengan yang lebih elok. Dan, anda perlu ke depan, bertemu mereka, cadangkan kepada mereka nanti yang terpilih, apa yang anda fikir mampu mengangkat keintelektualan mahasiswa UKM selain daripada membuat konsert dan forum. Anda tak puas hati, kemukan idea, bincang, rancang, lakukan. bukan meletakkan posrter bersepah.
Sama juga seperti politik di luar. Kita ada satu negara sahaja. Parti politik boleh berubah. bertukar ganti. Pilih yang terbaik. Yang boleh mentadbir urus negara dengan baik. Rakyat terbela. Bukan kroni terbela, kroni kaya, rakyat di kampung rumah tiada.
Aristotle dalam buku 'Book on Politic' menyatakan negara ibarat kebun, pagarnya adalah kerajaan. Kerajaan adalah kekuasaan yang dikawal tingkah laku sopan. Gelagat baik adalah dasar yang diatur pemimpin. Pemimpin adalah institusi yang diperkuatkan tentera, rakyat adalah pembantu yang diselenggara dengan wang. wang adalah kekuatan yang dikumpul oleh rakyat. rakyat hanya dilindungi keadilan. keadilan adalah sesuatu yang akrab dan melahirkan kehidupan bernegara.
Kita mungkin tidak merasa himpitan hidup, mari kita jenguk mereka yang tersepit di dunia ini.
Berubahlah, kita mahukan yang terbaik untuk kini dan masa akan datang~