Yuhuuuu..
Dah macam gayah Si Tipah ajak Si Jah bergosip tepi pagar je..
*Tipah dan Jah dalam tulisan ini tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggalkan dunia. harap maklum.
Sepatutnya, hari ini pergi ke Mid Valley..nak mencari buku-buku. Rajin kan? Sudah pasti saya ni rajin. harharhar Tetapi disebabkan ketiadaan kawan dan semangat duit yang tak berapa nak ada, tak jadilah pergi. Tak tahulah kenapa tetiba cuak nak merayap sorang-sorang. Selalu ok jer. Mungkin teringat pesan si jantung hati yang selalu pesan tak bagi jalan sorang-sorang. Tahu tak, kawan-kawan saya semua sibuk. Saya je tak sibuk. Makan tidur, makan tidur, tidur makan.
Bab 2 Latihan Ilmiah tak siap lagi.. target minggu yang kedepan dari sekarang nak hantar kat penyelia. Saja nak bagi dia pening awal-awal sem, sebelum dia bagi aku pening bila dah dekat due date. 6 Jun 2012 tu dah kena hantar. Nampak gayanya, kena ready awal-awal, kalau tidak nanti kuliah ke mana, thesis aku ke mana, last-last aku ke laut. Allah, allah...rabbi yasser wala tu'asser. Mohon dipermudahkan.
Kali ni nak cerita pasal Toyol.. Bukan lagu Sudirman tu. Ni kisah orang bela toyol. Mak dengan akak yang dok cerita. Toyol dibela untuk kesenangan hidup. Sama ada toyol itu diwarisi atau baru diambil, itu diluar pengetahuan. Maka, cerita mak cik yang berniaga berhampiran dengan kawasan istana aku di kampung.. seorang hamba Allah ni akan bayar guna duit RM50 sekeping. Duit kertas lah. Mana ada RM50 duit syiling sekeping. Dia order mee goreng dan air dan makan di kedai. Maka, makcik tu akan pulangkan kembali baki kepada manusia tersebut. Selepas itu, manusia tu keluar kedai dan tiba di Motorsikalnya, akan patah balik masuk ke kedai semula untuk order mee goreng bungkus pulak. Dan bayar dan pulang. Selepas itu, mak cik taukeh kedai makan tu perasan duit RM50 tu dah tiada. Sekali dua memang boleh dikatakan cuai, tetapi kalau dah selalu, apa nak dikata... lagi satu, kedai kat kampung, tak selalu orang bayar guna RM50. dan kedai bukan selalu penuh. Maka, tindakan diambil dengan berjumpa dengan ustaz yang bertauliah. Makcik tu pun ikutlah cara-cara yang dicadangkan oleh ustaz tersebut... setakat tu je lah cerita...
Makanya, ibrah yang boleh dicedok dan disedut, kesenangan dunia ni memang senang nak diperoleh, waima guna toyol ke apa ke. Tetapi barang harus diingat, manusia perjalanannya bukan do dunia semata, kita ada akhirat sebagai tempat kekal abadi, di dunia jaga akidah, moga kita semua sempat bertaubat sebelum nyawa sampai ke kerongkong. Sekian~
*Cuba teka toyol makan apa?? haaaa
haha...weyh ad hikmah x g mid 2..mph dh ubah tmpt n sngt x best dh...dlu(knon rjin le msuk),tp skrg byk kali kna pk sblm g..then mcm tau je kdai mkn 2 kt mna..hehe
ReplyDeletelaa ye ker..dah tak de kat dalam mall lagi ke? malas la nak ke kinokuniya..duit aku pun nanti koyak2 je pergi klcc tu. haha
Deletehaha..bukn dh xde dlm mall lg la, tp dia dh pndah kt tmpat t lg kecik tp stil dlm mid 2 lg..xyah g weyh,x best..haha
ReplyDelete