Friday, December 23, 2011

Hujan menitis, Kenangan tersisip.

Hujan. Ya. Hujan yang mengingatkan aku kembali kepada sesuatu. Abah.

Bilik yang aku diami di kolej yang mahal yurannya ini berbanding kolej lain bocor. 
Setiap kali hujan yang lebat sikit, menitis-nitis air hujan bertakung dalam bilik aku ni, haiiii la.
Dulu, kat rumah,. bilik aku bocor jugak.  Aku punya merungut dengan abah aku, dia saja dapat tahan.
Haish, tiap kali hujan bocor.. tis tis atas muka aku yang tengah tidur. Esok nak sekolah, badan penat, tidur pulak terganggu. Angin la anak bongsu ni.  Abah panggil orang betulkan zink.  Bocor lagi lepas tuh. Aku merungut lagi. Sampai tak tahu abah nak buat macam mana sebab zink tu tak bocor pun. Aku pun tak tahulah nak cakap.
Bila duduk bilik kat kolej ni yang bocor, it just remind me my memories 'susahkan' abah.  Tak ambil tahu abah ada duit ke tidak, yang aku tahu tidur aku tak terganggu. Dan abah layan kehendak aku.  Sebenarnya abah tidur lagi tak nenyak daripada aku.  Fikir nak cari duit sekolah aku.
Petang ni, jari aku luka terkena pisau. Teringat kat abah lagi.  Abah pantang aku dapat luka, sakit. huh, dia orang pertama pergi beli ubat, ubat yang aku tak makan pun dia paksa aku makan. Tapi dia sakit, dia tak nak mengaku pun. lagilah makan ubat. Oh abah. 

No comments:

Post a Comment