Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai, membeli ubi dan dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari"
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan"
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca"
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah"
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca"
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi"
-SATU BERITA BOLEH DIINTEPERASIKAN DALAM PELBAGAI MAKSUD. NI BELUM LAGI CERITA ITU DISAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN-
No comments:
Post a Comment