Sukarnya untuk dapat apa yang diinginkan.
Mengapa?
Kerana ada masa dan ketika akan sampai
segala hajat, akan termakbul segala hasrat,
akan terjelma sebuah harapan menjadi
sebuah realiti kehidupan.
Usah bersedih.
Usah menangis.
Tiada apa mampu diubah.
Hanya usaha dengan kudrat sendiri,
Kepada tuhan kau berserah,
setelah kudrat manusia kau lelah.
Tuhan tahu apa terbaik.
Tuhan meletakkan kau penuh ujian.
Jangan dirungut,
Usah diragu.
~teruslah berjalan dalam kehidupan, carilah kebahagiaan, kejayaan yang difahami oleh jiwa~
No comments:
Post a Comment