Setiap orang ada prinsip.
Ya, begitu juga aku.
Prinsip aku mudah.
Tapi mengundang keperitan.
Prinsip yang sukar
untuk apa dipegang dipertahankan?
Pergi jahanam!
Hidup tanpa prinsip bukankah
lebih meyakinkan dan menyenangkan?
Lahirnya aku ke dunia
Allah beri tanggungjawab.
Aku dihantar ke sekolah untuk membuka fikiran,
bukan nak dapat hadiah banyak-banyak
letak dalam almari, 20 tahun lepas tu buang.
Satu yang aku suka pergi sekolah,
pergi berjalan-jalan,
aku suka perhatikan orang.
Banyak maksud tersirat
disebalik perbuatan orang.
Aku bukan baik seperti Malaikat,
Lebih jahat kadang-kadang.
Hanya tak menyetan.
Hari-hari yang kau lalui,
akan bertemu dengan ramai orang,
tak kesahlah, baru atau lama..
mereka manusia,..
sentiasa alpha.
begitu juga aku
seorang insan biasa.
Salah orang kepada aku,
maaf aku bagi.
Mungkin ambil masa,
tapi bukan hukuman yang aku beri.
Kerana aku bukan seorang HAKIM
yang MENGHUKUM.
aku seorang MANUSIA
yang suka memberi penyelesaian
kepada masalah.
Mungkin nampak macam mudah..
mana nak elak ditipu dan difitnah,
itu perkara biasa,
selagi langit tak runtuh,
ada saja dugaan.
Prinsip aku mudah,
aku dilahirkan untuk menyelesaikan masalah,
bukan memberi hukum kepada yang bersalah.
kerana aku juga pernah dan akan melakukan salah.
Mungkin lagi besar dari apa yang kau lakukan.
Siapa tahu?
No comments:
Post a Comment